PERMOHONAN MAAF MAHATHIR HANYA HIPOKRASI....ORANG MACAM INI MANA BOLEH CAYA?

Pemberian kemaafan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beberapa individu dinyatakan di laman blognya sempena Aidilfitri disifatkan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai sebuah hipokrasi.

Tunku Abdul yang turut dinamakan sebagai individu yang ‘dimaafkan’ oleh Dr Mahathir diatas kesilapan lampau berkata, usia tidak mematangkan bekas Perdana Menteri itu yang kini menyertai blok pembangkang.

“Daripada pemerhatian saya terhadap lelaki budiman ini sejak sekian lama, kapasiti kenakalan beliau nampaknya selari dengan perkembangan umur beliau, tetapi saya bimbang beliau tidak menginjak usia secara baik dan aman,” katanya dipetik portal berita Malaysian Outlook.

Selain Tunku Aziz, Dr Mahathir turut menyenaraikan media TV3, Utusan Malaysia, New Strais Times disamping beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Tan Sri Annuar Musa sebagai pihak yang dimaafkan beliau.

Dr Mahathir yang kini Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Penasihat Pakatan Harapan memaafkan semua pihak yang memfitnah beliau selama ini.

“Setakat yang saya tahu, saya tidak pernah mengatakan apa-apa penipuan. Saya bercakap benar. Sekarang ini, dia memaafkan saya untuk apa? Dia memaafkan saya kerana memfitnah, itu tidak mengapa tetapi ianya bukan fitnah. Ianya benar.

“Kalau dia nak kata ini semua fitnah, tunjuklah. Mana bukti apa yang saya katakan itu semua fitnah. Cubalah dia bagitahu. Jika bercakap sahaja (tanpa kemukakan bukti) senanglah. Memang Dr Mahathir (perangainya) begitu. Segala komen saya terhadap beliau sebelum ini segalanya benar,” tegasnya memetik laporan sebuah portal berita lain.

Kata Tunku Aziz, beliau teruja dinamakan bersama dengan dua nama besar, Salleh Said dan Annuar Musa, namun menyifatkan kenyataan oleh Dr Mahathir itu tidak seiring dengan kemajuan dibawanya kepada Malaysia.

“Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, pemberian kemaafan beliau berdasarkan andaian saya bersalah tapa sebarang bukti seperti beliau tidak (beri kemaafan), lelaki ini selalu sangat mencari kambing hitam dimana sahaja beliau boleh temui bagi meletakkan kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya,” ujarnya lagi.

Tambah Tunku Aziz lagi, beliau tidak memerlukan kemaafan daripada Dr Mahathir.

“Mahathir dan saya mungkin, diatas kuasa Tuhan, dilahirkan di Alor Setar, Kedah, tetapi itu sahajalah persamaan kami.

“Tun, saya dengan ini secara hormatnya membalas permohonan maaf sempena Hari Raya. Simpannya apabila diperlukannya kelak,” kata Tunku Aziz lagi. – Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana