Perak tolak hasrat Pusat jadikan Pulau Sembilan Taman Laut

Kerajaan negeri Perak secara rasmi menolak permohonan kerajaan pusat menjadikan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut kerana ïa adalah tidak wajar.

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata ini kerana kerajaan negeri telahpun  mengezetkan pulau itu sebagai Taman Negeri sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, apabila kerajaan negeri melaksanakan proses pengezetan ini bermakna kawasan Pulau Sembilan  tidak boleh dibangunkan tanpa kelulusan dan juga maklum balas daripada pihak berkuasa negeri.

Dr Zambry menegaskan sebarang usaha untuk menjadikan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut akan menutup dan memberi impak besar kepada industri perikananan yang sudahpun berjalan di kawasan itu sejak turun temurun.

"Ia memberi kesan besar kepada nelayan khususnya di kawasan Hutan Melintang, Pulau Pangkor, Lekir dan Pantai Remis  untuk mencari hasil sumber ikan sekiranya kerajaan Persekutuan bercadang menjadikan pulau itu sebagai Taman Laut,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu. Dr Zambry menzahirkan pendirian kerajaan negeri itu kerana mendengar ada cadangan untuk menjadikan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut.

"Kita mendengar ada cadangan tetapi pihak saya akan mengadakan perbincangan dan saya difahamkan bahawa pihak menteri akan datang adakan pertemuan dengan saya..kerajaan negeri akan jelaskan perkara ini,’’ katanya.

Mengenai tindakan pihak bertanggungjawab yang meneroka Pulau Sembilan, katanya, kerajaan negeri sedang mengambil tindakan perundangan dan juga pembersihan semula kawasan pulau itu daripada segala kekotoran.

Dr Zambry juga memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri sedang memantau pulau-pulau lain  seperti Pulau Jarak yang berada di sempadan perairan antara Malaysia-Indonesia dan turut mengezetkan pulau itu sebagai taman negeri.

Sementara itu kerajaan negeri  kini dalam proses menjadikan gua-gua dan kawasan gunung-ganang yang sedia wujud di daerah Kinta sebagai kawasan tarikan baru pelancong yang dikenali sebagai Geo Park.

Dr Zambry Abd Kadir berkata, apabila Geo Park ini direalisasikan nanti ia merupakan antara taman Geo yang terbesar dalam negara selain Sabah dan Sarawak.

"Mungkin ada yang bertanya apa kelebihannya... Geo park merupakan antara tempat yang menarik yang berasaskan kepada hutan seperti gunung seperti gua gua dan ia mempunyai nilai warisans sejarah yang kemungkinan di tempat tersebut ada penempatan dan juga kawasan itu mempunyai bernilai-nilai batuan yang boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan utama bagi masyarakat dunai datang untuk melihat negeri kita.

"Berdasarkan kepada jumlah tempat ataupun seperti gua-gua bukit yang ada dalam kawasan daerah Kinta ini kita merasakan bahawa kita mempunyai tarikan yang baik untuk membawa ramai orang datang melihat keindahan di kawasan Geo Park ini dan menjadikannya sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan di Perak,’’ katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah mendapat pembentangan berkaitan  cadangan untuk mewujudkan Geo Park di kawasan daerah Kinta dimana satu pasukan telah pun ditubuhkan melalui Jabatan Mineral dan Deosains yang diketuai Pengarahnya, Mohd Sidi Daud dengan kerjasama Universiti Kebangsaan.

"Berdasarkan daripada cadangan oleh pasukan juga diketuai oleh UKM… kita telah pun membuat perakuan bahawa di negeri Perak mempunyai kawasan-kawasan yang boleh kita jadikan sebagai tapak Geo Park yang menarik berdasarkan daripada kajian yang telahpun dikemukakan kepada kerajaan negeri sebentar tadi.

"Kita akan membuat permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysian Nasional Geo Park dan sekiranya permohonan ini dipersetujui dan kemudian mendapat khidmat nasihat daripada kumpulan pakar yang diketuai oleh beberapa orang pensyarah daripada beberapa university khususnya daripada Universiti Kebangsaan kita akan bergerak selangkah kehadapan bagi membincangkan sama ada ianya akan dapat dimasukkan ke dalam UNESCO Global Geo Park.’’ Katanya.

Dr Zambry berkata, kalau mengikut pembentangan,  kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk terus memohon daripada UNESCO Geo Park agar kawasan geo park yang berada dalam daerah Kinta dan Perak dimasukkan ke dalam UNESCO Geo Park.

Menurut beliau, antara tempat-tempat dan kawasan baru ini yang sudah dikenalpasti sebagai contohnya Gua Tempurung, Gunung  Korbu dan Gunung Kandu yang mempunyai kawasan tarikan yang begitu menarik dan cantic di mana di dalam gua guanya mempunyai kesan-kesan warisan dahulu yang boleh dijadikan rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana