PENYOKONG TEGAR ANWAR TIDAK DAPAT MENERIMA MADEY....INGAT RAMAI YANG SUKA KAT DIA

Satu perbalahan telah berlaku di dalam kumpulan penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Otai Reformis terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

Ketua kumpulannya Saari Sungib, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, telah memanggil satu mesyuarat kecemasan diadakan pada hari Ahad ini dalam usaha untuk mengatasi keretakan di dalam kumpulan tersebut sebelum ia semakin buruk.

Difahamkan bahawa setiausaha kumpulan Razak Ismail mengancam untuk meletak jawatan dan menyertai Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Razak, yang marah dengan keluarga Anwar kerana membenarkan Dr Mahathir mengambil alih, dikatakan bercadang untuk bertanding menentang Pakatan di bawah tiket PSM dalam pilihan raya umum kelak.

Tema mesyuarat Ahad ini adalah “Otai Refomis di simpangan” dan Saari berkata beliau juga mungkin menawarkan diri untuk meletakkan jawatan jika ahli-ahlinya merasakan bahawa kumpulan tersebut telah hilang arahnya.

Saari, yang juga anggota jawatankuasa pusat Amanah, berkata ada di kalangan kumpulan tersebut telah menerima Dr Mahathir bekerjasama dengan Pakatan untuk menentang Barisan Nasional.

Tetapi pihak yang tegar melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan mereka. Mereka menuntut agar Dr Mahathir meminta maaf kepada Anwar, keluarganya dan kumpulan Reformis Otai untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar ikhlas.

Kumpulan ini masih menganggap pengerusi Pakatan yang baru dilantik itu sebagai syaitan dan Firaun. Mereka sering membandingkan pemecatan dan pemenjaraan Anwar adalah seperti kekejaman Pharoah.

“Saya menghadapi pelbagai emosi dalam kumpulan kami. Peranan saya adalah untuk merapatkan jurang dan untuk meyakinkan mereka bahawa matlamatnya adalah memenangi pilihanraya umum, “kata Saari yang dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Mahathir.

Kumpulan Reformis Otai dibentuk semasa gerakan Reformasi setelah pemecatan Anwar. Ia menjadi sangat aktif sekali lagi selepas Dr Mahathir menyertai Pakatan Harapan.

Mereka telah mengejek Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapannya di hadapan mereka di sebuah konvensyen di Shah Alam awal tahun ini.

Saari, yang telah bersama Anwar sejak tahun 1970-an, mengakui bahawa dia juga dapat merasakan konflik tersebut melihat kepada situasi terkini.

“Ianya tidak akan menjadi begitu indah jika Anwar terpaksa menjadi PM hanya dengan bekerjasama dengan Mahathir. Saya menyokong kepimpinan tetapi saya harap kami tidak akan ditipu lagi, “katanya.

Terjemahan dari The Star

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana