PENYOKONG DAP TIDAK PUAS HATI PERLANTIKAN JAWATAN PUCUK PIMPINAN DAP DALAM PAKATAN HARAPAN

Ramai penyokong DAP berasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan perlantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kerana bagi mereka Lim Kit Siang lebih sesuai untuk mengetuai PH.

Pemilihan ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan moral DAP kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sahaja yang dilantik sebagai Timbalan Presiden. Di samping itu, pelantikan ini juga memperlihatkan bahawa DAP kini tiada suara dalam PH kerana parti ini kini dikawal oleh Dr Mahathir.

Sudah pasti dengan perlantikan ini, nasib orang-orang Cina DAP tidak dapat dibela dan diperjuangkan sepenuhnya. Selama ini, DAP yang kerap mengetuai segala urusan pakatan pembangkang tetapi kali ini ianya sudah menjadi terbalik apabila DAP diberikan peranan yang kecil seolah-olah mereka tidak mempunyai sebarang kuasa dalam PH.

Tindakan ini sedikit sebanyak mencemar kredibiliti DAP kerana DAP lebih banyak memenangi kerusi parlimen dan berhak untuk memimpin PH mahupun memegang jawatan tinggi dalam parti. Perlu diingatkan di sini Lim Kit Siang adalah Ketua Pembangkang Parlimen bagi parti PH.

Dengan cara pemilihan seumpama ini, orang-orang cina DAP beranggapan bahawa nasib mereka seperti sudah ditindas oleh parti-parti lain dalam Pakatan Harapan. Masa depan mereka sudah gelap kerana Mahathir sudah menguasai PH.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment