Penyakit 'last minute' berulang lagi...

Ini nampaknya terus menjadi satu ' penyakit' di Malaysia yang sukar diubat.Nasihat,teguran dan pedoman segala macam sudah diberi namun ia terus menerus berulang.Namanya penyakit 'last minute'.

Peliknya dalam situasi ini jarang sekali mereka yang terlibat nak salahkan diri sendiri.Sebaliknya untuk lepas rasa geram kerajaan jatuh salah atas sikap sambil lewa mereka.

Terbaru situasi ini menyelubungi proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) pendatang asing tanpa izin yang bermula 15 Februari lalu dan ditutup Jumaat tengah malam.

Mereka yang ke pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya dapat melihat sendiri situasi para majikan yang bersesak untuk buat pendaftaran pekerja asing mereka yang tidak ada permit  ' last minute'.

Dalam senario ini sudah menjadi kebiasaan kedengaran ada yang marah-marah pada pegawai Imigresen segala macam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui wartawan berkata hanya 23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan sehingga 10 Jumaat malam, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.

Beliau berkata ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

"Adakah program ini gagal? Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana? Kita anggap tidak berjaya sebab kedegilan majikan untuk tampil mendaftar.

"Kita telah memberikan masa secukupnya sejak 15 Feb lalu, malah hebahan melalui media juga dilakukan seacra berterusan bagi membolehkan majikan mengambil tindakan sewajarnya tetapi ia tidak digunakan seperti yang diharapkan," katanya.

Mustafar berkata jabatan itu juga mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan majikan bagi memperincikan mengenai perkara itu agar mereka dapat mengingatkan pihak yang berdaftar di bawahnya supaya mendaftarkan pekerja di bawah seliaan masing-masing.

Walaupun hanya meletakkan syarat minimum iaitu proses pendaftaran E-Kad perlu diuruskan sendiri, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang terlalu sukar (buat mereka) kerana sifat suka menunggu sehingga saat akhir.

"Kenapa menjelang hari terakhir, begitu ramai majikan yang tampil untuk mendaftar pekerja masing-masing...pada kami, mungkin mereka beranggapan Jabatan Imigresen akan lanjutkan tempoh ditetapkan? katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran itu dan akan melaksanakan gerak gempur besar-besaran selepas tengah malam ini.

Sehubungan itu, Mustafar mengingatkan majikan dan PATI agar tidak menyalahkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri atas tindakan yang akan diambil ke atas mereka kelak akibat sikap ambil mudah terhadap peluang yang diberikan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana