Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini

PULAU PINANG – Pengusaha makanan, G. Gobi Krishan yang terbabit dengan isu tender kantin di Polikteknik Seberang Perai (SPS) membuat laporan polis kerana mendakwa difitnah portal MalaysiaKini.

Gobi Krishnan, 45, yang mengusahakan syarikat makanan G A Multi Trading membuat laporan itu di ibu pejabat polis Seberang Perai Tengah (SPT) di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Menurut beliau, laporan polis itu dibuat ekoran laporan portal berita bertajuk `Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik…’ yang disifatkan beliau tidak tepat.

Tambahnya, beliau tidak pernah membuat kenyataan dipaksa memeluk Islam sebaliknya hanya melahirkan rasa tidak puas hati berhubung sijil pengiktirafan piawaian (ISO) shariah yang dikenakan terhadap bukan Islam.

“Saya tidak berpuas hati dengan laporan portal itu yang bertentangan dengan apa yang saya maksudkan ketika sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy semalam.

“Malah, portal berita itu juga melaporkan saya akan mengheret isu ini ke mahkamah sedangkan saya tidak pernah membuat kenyataan seperti itu,” katanya.

Semalam portal MalaysiaKini memuat naik laporan berita itu berserta gambar Gobi Krishnan dan Ramasamy ketika sidang akhbar di pejabat Timbalan Ketua Menteri II berkenaan di Komtar di sini semalam, kira-kira pukul 4.49 petang.

Sidang akhbar Gobi Krishnan dan Ramasamy itu dibuat ekoran pengusaha makanan berkenaan tidak berpuas hati selepas kontrak perniagaannya di kantin PSP yang tamat hari ini tidak disambung.

Dalam pada itu, Gobi Krishnan berkata, beliau membuat laporan polis kerana khuatir laporan berita portal berkenaan disalah tafsir sehingga boleh mencetuskan ketegangan perkauman.

Ujar beliau, laporan polis itu juga dibuat supaya portal berkenaan dapat menarik semula berita palsu tersebut selain tindakan undang-undang sewajarnya diambil ke atas pemilik portal berkenaan. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana