PENEROKA DAN SAHAM FGV

Kadang-kadang pelik dengan manusia ini. Dulu bising peneroka terbeban dengan hutang beli saham FGV yang berjumlah sekitar RM 5,000.00. Apabila PM Najib Razak umum hapuskan hutang tersebut ada pula yang ulas ini benda kecil peneroka tidak terbeban.

Sebenarnya pada awal penyenaraian Saham Felda Global Ventures (FGV) setiap peneroka ditawarkan 800 unit saham pada harga RM 4.45 sesaham. Hendak beli, belilah. Tidak mahu beli tidak mengapa. Ini bukan paksaan.
Kebanyakan peneroka membeli unit ini meminjam dari bank. Sebaik diapungkan setiap peneroka menerima RM 15,000.00 hasil IPO tersebut.

Ini bermakna peneroka telah untung sebanyak RM 10,000.00 hasil pembelian saham FGV. ASB pun tidak boleh bagi keuntungan sebanyak itu.

Jika sebahagian anak-anak peneroka yang cerdik pandai menghentam Felda, ketika itu menjalankan kempen supaya hasil tersebut digunakan untuk membayar hutang beli saham, pasti tiada isu lagi.

Tapi mereka tidak berbuat apa-apa. Hidup mereka hanya mahu menyalahkan Felda dan Kerajaan.
Apabila menyedari peneroka yang menerima bayaran tidak membayar hutang bank, Felda dan Kerajaan memutuskan mengambil alih hutang beli saham peneroka kepada bank-bank. Ini bagi mengelakkan peneroka terbeban dengan kadar faedah jika berlaku kegagalan membayar hutang.

Felda membayar hampir RM 360 juta untuk mengambil alih semua hutang ini. Kemudiannya peneroka diminta membayar sebulan RM 50.00 sehingga habis. Ini pun Felda jahat?

Tiga tahun kemudian Felda dan Kerajaan masih bersalah. Kempen membenci Felda dan Kerajaan dijalankan semula seolah-olah peneroka rugi besar dengan pengapungan FGV ini.

Selain keuntungan awal RM 10 ribu, setiap tahun peneroka menerima dividen dari perniagaan FGV.
Dalam perniagaan komoditi mesti ada ketika untung besar dan ada ketika untung kurang. Tapi sang penghasut peduli apa.

Oleh kerana hutang beli saham FGV digunakan untuk menyubur kebencian kepada kerajaan, maka sekali lagi kerajaan mengambil langkah membantu peneroka dengan melupuskan semua hutang tersebut. Manakala mereka yang telah habis membayar diberi imbuhan RM 1,820.00.

Ini bermakna separuh daripada RM 360 juta yang Felda bayar kepada bank bagi mengambil alih hutang peneroka telah hangus.

Jadi nikmat mana yang anda ingin nafikan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana