PENDIDIKAN PERCUMA? KERAJAAN SELANGOR MASIH GAGAL BUKTIKAN PELAKSANAAN INI

Masih kah anda semua ingat apa janji Kerajaan Negeri Selangor apabila mereka memerintah. Salah satu manifesto Pakatan Pembangkang adalah memberi pendidikan percuma. Tapi sayangnya sehingga ke hari ini, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Azmin Ali gagal melaksanakan janji ini dan hanya merupakan retorik yang cuba menagih perhatian rakyat.

Sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (UNISEL). Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di UNISEL.

Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen Pakatan Harapan antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

PRU 13 telah memperlihatkan pembohongan Kerajaan Negeri Selangor apabila gagal menunaikan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Selangor. Jika gagal tunai janji pada PRU 13, mengapa pula kita perlu percaya pada manifesto PRU14 yang berikrar memperkenalkan pendidikan percuma. Sebab realitinya mereka gagal menunaikan janji tersebut.

Kalau Kerajaan Negeri Pakatan serius mereka perlu memulakan pendidikan percuma di negeri mereka khususnya pusat pengajian tinggi yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu UNISEL, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS).

Pendek kata, Pemimpin Pakatan Harapan hanya pandai memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat. Tidak mustahil PRU 14 nanti mereka tidak berupaya menunaikan janji mereka dan hanya tahu mengambil kesempatan bagi menarik sokongan rakyat dengan janji palsu mereka. Jangan terpedaya dengan tipu daya mereka, kerana mereka tidak mampu melakukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana