Pendaftar Pertubuhan arah DAP adakan pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) arahkan DAP adakan pemilihan semula 20 jawatan Jawatankuasa Pusat (CEC) parti itu kerana putuskan bahawa pemilihan mereka pada 29 September 2013 tidak sah.

Ketua Pengarahnya dalam satu kenyataan kata jabatan itu tidak berniat sama sekali untuk membatalkan parti DAP kerana parti itu sah di sisi undang-undang.

"ROS berpendirian bahawa DAP perlu mengadakan pemilihan CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

"Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana