Penalti antara RM200-RM1,000 bagi kehilangan pasport

PUTRAJAYA: Kadar penalti antara RM200 dan RM1,000 bakal dikenakan bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengenakan penalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran yang dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri 'MyKad' yang hilang.

Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti terhadap mereka yang kehilangan pasport.

"Peraturan perlu diubah dan cadangannya adalah jika hilang kali pertama dikenakan dendaRM200, manakala hilangkali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.

"Ini bukan niat untuk menghukum tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap pasport yang dimiliki," katanya dipetik Bernama.

Januari lepas, Jabatan Imigresen telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan secara dasarnya sudah dipersetujui.

Mustafar berkata, sikap cuai rakyat negara ini antara faktor jumlah pasport hilang agak tinggi walaupun ia merupakan barang berharga yang menghendaki pemiliknya menjaga dokumenitu dengan baik.

"Kes kehilangan pasport Malaysia ini dilihat mudah berlaku tak kira di dalam atau luar negara.

"Kehilangan disebabkan kecurian masih boleh diterima tapi kalau asyik hilang,ini tidak elok," katanya sambil menambah ada individu yang melaporkan kehilangan pasport sehingga empat kali.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lepas, dengan 22,475 daripadanya atas alasan'tidak ingat di mana simpan'm anakala 2,858 pula dikatakan hilang semasa pindah rumah.

Antara sebab kehilangan pasport ialah tidak ingat tempat pasport disimpan, tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir daripada beg atau poket, dicuri atau dirompak, hilang semasa kebakaran atau berpindah rumah dan hilang disebabkan bencana alam, katanya.

Mustafar berkata, berdasarkan statistik terbaru itu negeri Johor merekodkan jumlah kehilangan tertinggi dengan 5,734 pasport, diikuti Kuala Lumpur (4,399) dan Selangor dengan 3,409 kes.

"Bagi luar negara, jumlah tertinggi adalahdi Australia iaitu 43 pasport,diikuti Singapura (41), Hong Kong (11) dan 10 di Perancis, kebanyakannya akibat rompakan atau kecurian atau tercicir dari poket dan sebagainya," katanya.

Beliau menggesa pemegang pasport supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak meletakkan dokumenitu di merata tempat dan membuat permohonan pasport baharu dengan alasan ia telah hilang.

Beliau menjelaskan pasport yang hilang dan dibatalkan namun ditemui semula tidak boleh digunakan bagi mengelak ia disalah guna.

Pasport Malaysia, katanya, merupakan antara yang terbaik di dunia dan ini sekali gus mengurangkan cubaan memalsukan dokumen penting itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana