Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menamakan calon bagi ketua menteri Pulau Pinang yang didakwanya masih samar.

"Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon ketua menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah," kata Mohd Akmal dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pengezonan semula sebidang tanah.

Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Menurut Mohd Akmal, kenyataan Husam bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon menteri besar Kelantan jelas memperlekeh dan menghina allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Nasaruddin Daud berkata pengumuman Kit Siang sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin PAS itu.

Katanya, berdasarkan sejarah dahulu, Umno pernah melakukan perkara sama kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin berkenaan.

"PAS tidak terancam, bagi saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP atas pengumuman itu. Dalam kes Umno, mereka menyebut pemimpin mereka sendiri, tetapi sokongan DAP terhadap Amanah membawa impak negatif yang lebih besar," katanya dipetik Sinar Harian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana