Pemimpin DAP Patut Malu Dengan Peserta Pidato

Di dalam Perlembagan Persekutuan, selain daripada agama Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi negara, Bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi kebangsaan selain daripada Bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa pengantar. Di negara ini, subjek Bahasa Melayu adalah salah satu subjek wajib lulus oleh semua calon-calon perperiksaan disemua peringkat.

Justeru, tidak hairanlah apabila Bahasa Melayu digunakan secara meluas di negara ini. Namun, agak menghairankan juga apabila masih ada mereka yang memegang kad pengenalan biru sebagai tanda warga negara Malaysia yang dilahirkan di bumi Malaysia, sehingga usia mencecah angka 50 tahun, mereka masih tergagap-gagap dalam bertutur dalam bahasa kebangsaan ini.

Perkara ini tidak terhadap kepada rakyat bawahan sahaja malah, ada dikalangan pemimpin terutamanya mereka yang datang dari parti DAP sendiri masih tergagap-gagap dan tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Keadaan ini adakalanya menimbulkan kelucuan apabila slang bahasa Melayu yang mereka gunakan dalam pertuturan rasmi, kerap kali disalah sebut oleh mereka sendiri.

Sebagai contoh, sehingga hari ini perkataan “terbulu-bulu” yang sepatutnya disebut terburu-buru masih dijadikan bahan lawak oleh kalangan rakyat Malaysia. Kenapa ini berlaku? Adakah mereka sebenarnya langsung tidak pernah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara? Adakah mereka merasakan tidak perlu mahir bertutur dalam bahasa Melayu dan hanya perlu bertutur dalam bahasa ibunda mereka sahaja?

Mari kita lihat bagaimana kuatnya usaha pserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri. Sejak kali pertama dianjurkan, apa yang menarik untuk diperhatikan bagaimana peserta dari seluruh dunia begitu petah bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun ada beberapa ayat kedengaran agak janggal, namun, secara keseluruhannya, mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Namun lain pula halnya dengan pemimpin DAP yang ada di negara ini. Ada diantara mereka sudah diangkat sebagai Ahli Parlimen ataupun ADUN di sesuatu kawasan, namun cara mereka bertutur dalam Bahasa Melayu, cukup menyedihkan. Sudahlah tergagap-gagap, prosa kata serta penggunaan ayat juga tunggang langgang. Adakah ini level seorang Ahli Parlimen dari kalangan DAP?

Melihat akan hal ini, apa yang diharapkan adalah pihak yang berwajib perlu memastikan setiap calon yang bukan Melayu dari mana-mana parti perlu mahir bertutur dalam Bahasa Melayu. Cukuplah penghinaan yang para pemimpin DAP ini lakukan terhadap bahasa Melayu sepanjang dua penggal ini. Sudah tiba masanya pihak yang berkenaan mengangkat martabat Bahasa Melayu jauh lebih baik dari apa yang ada pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana