Pembantu ADUN DAP didakwa di mahkamah cabul pelajar

Pembantu peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Paya Terubong ,Pulau Pinang AP, L. Prem Anand,50 pagi Selasa dihadapkan di Mahkamah Majistret di Georgetown kerana didakwa cuba mencabul seorang pelajar berusia 21 tahun yang kerkerja sebagai pelayan sementara.

Kejadian didakwa berlaku di kawasna letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai pada 11.30 malam,6 Julai lalu.

Prem Anand, 50, yang juga bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan dia berdepan hukuman sehingga 10 tahun penjara ,denda dan sebat.

Majistret, Catherine Nicolas kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment