Pembangkang Selalu Mainkan Isu DoJ Hanya Ingin Menjatuhkan PM

Tahap sokongan rakyat semakin pulih terhadap kepimpinan negara dan BN antara punca pembangkang giat memainkan semula isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, pembangkang sudah ketandusan idea dan terpaksa menggunakan media dan DoJ untuk merosakkan nama baik Perdana Menteri.
“Sampai sekarang kita tak tahu siapa yang membuat pendakwaan ini, kalau ada pertuduhan, mesti ada orang yang mendakwa.
“Bila datang DoJ ini kita lihat ada agenda tersembunyi. Saya nampak, untuk publisiti atau nak merosakkan kepimpinan negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini hari ini.
Dua minggu lalu, DoJ memfailkan saman sivil ketiga berkaitan 1MDB dan mendakwa dana diselewengkan berjumlah AS$4.5 bilion dan mereka dalam proses merampas aset AS$1.7 bilion yang didakwa dicuri dari 1MDB.
Dalam pemfailan terbaru, DoJ juga menyenaraikan 28 barangan kemas lain, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1, termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta.
Mengulas lanjut, Azhari juga mempersoalkan tindakan pembangkang yang terus menyalahkan Datuk Seri Najib Razak sedangkan 1MDB jadi mangsa penyelewengan.
“Sepatutnya 1MDB yang kita bela, tapi hari ini seolah-olah 1MDB yang salah.
“Tiada sesuatu yang benar-benar jelas dan konkrit daripada apa yang disebarkan DoJ dalam media,” katanya.
Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai ‘Si Kitol’ yang terpaksa menyebarkan fitnah kerana ketandusan idea demi mencapai matlamat mereka.
“Rakyat Selangor khususnya Shah Alam jangan percaya kepada si kitol ini lagi, buang masa, tiada satu perubahan pun sepanjang 10 tahun memerintah negeri ini,” tegasnya.
Tambahnya, walaupun BN kini pembangkang di Selangor, namun pembangunan tetap diteruskan demi kepentingan rakyat.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Noh Omar yang meluluskan peruntukan RM3 juta untuk baik pulih 10 blok, tangki dan cat.
“Naik taraf pasar seksyen 16 Shah Alam Alam hingga setengah juta dan mengecat semula pangsapuri seksyen 16 hampir RM3 juta,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment