PEMBANGKANG JANGAN CUBA BOHONG ORANG JOHOR, SESAMA MEREKA PUN BERCELARU – SUHAIMI

Pakatan pembangkang kini khususnya di negeri Johor diibaratkan sebuah kapal yang sedang terumbang ambing di lautan bergelora, dikemudi tanpa kapten kapal yang berwibawa dan kini kapal tersebut menjadi rebutan semua anak-anak kapal yang mempunyai agenda tersendiri untuk menjadi kapten bagi mengemudi kapal tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berkata, keadaan mereka sangat menyedihkan, namun lebih memilukan apabila apa sahaja kemelut dalam gerakan mereka, UMNO dan BN pula akan terus menjadi sasaran kepada permasalahan tersebut.

“Begitulah realiti mereka di Johor. Apa sahaja pemikiran dan cubaan mereka untuk meracuni pemikiran rakyat Johor insya-Allah tidak akan berjaya. Saya cukup yakin dan percaya, pembangkang di Johor sama sekali tidak mempunyai pelan pembangunan yang terbaik buat negeri Johor.

“Nyata sehingga ke hari ini, tiada satu pun usaha serta inisiatif mereka untuk membangunkan negeri melainkan hanya cubaan mengagalkan dan mensabotaj setiap usaha yang disusun oleh kerajaan negeri Johor demi kesejahteraan rakya,” ujarnya yang juag Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Tambahnya, di kawasannya sendiri, pembangkang turut dilihat bercelaru dan mula menampakkan peperangan dalaman menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Kecelaruan PPBM contohnya di beberapa negeri juga kata beliau bakal memberi impak kepada PPBM di Kukup.

Rakyat di Kukup jelasnya lagi juga cukup bijak untuk melihat sendiri pemimpin pembangkang yang datang sekadar ‘touch n go’ ataupun pemimpin yang setiasa punch card untuk berkhidmat di Kukup.

“Situasi yang lebih menarik melihat keadaan pembangkang di Kukup ialah setiap individu yang mempunyai cita-cita menjadi calon PRU 14 sudah mula mencanangkan diri dan menyusun jentera masing-masing.

“Perkembangan ini sekaligus menyebabkan ada peperangan dalaman antara mereka kerana Pakatan Harapan sehingga sekarang masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi. Jika diperingkat Pusat juga bertelagah soal calon dan kerusi, inikan pula mereka yang di bawah.

“Mustahil parti dominan seperti Dap akan berkompromi soal kerusi Tanjung Piai dan Kukup kepada parti yang lain terutama sekali kepada PPBM yang masih sekarang masih bergelut dengan krisis kepimpinan,” ujarnya.-MediaUMNO
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment