PELIK LAH DENGAN RAKYAT MALAYSIA INI.....INGAT BARANG TU TURUN DARI LANGIT KAH!!!!!HARAM AMBIL BERAS TUMPAH ATAS JALAN – MUFTI

Ambil Barang dari sesiapa saja tetap dikira Haramm....Kena Ingat walaupun kenderaaan ditimpa Kemalangan habis semua barang atau makanan jatuh...kita tidak boleh ambil dengan sewenang wenangnya....masih hak orang lain lagi. 

Perbuatan mengaut beras yang tumpah akibat treler membawa muatan itu terbalik, hukumnya haram di sisi Islam.

Mufti Kelantan berkata orang ramai tidak boleh mengambilnya tanpa kebenaran pemilik dan perlu memulangkannya semula, lapor Kosmo!.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mereka juga perlu memohon maaf kepada pemilik dan membayar ganti rugi jika ada mengambilnya.

“Dalam kejadian beras tumpah di Tanjong Karang, orang Islam haram mengambilnya tanpa kebenaran pemilik, malah pemandu lori terbabit juga melarang mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata soal pembaziran tidak timbul dalam kejadian itu kerana kemalangan bukan sesuatu yang disengajakan.

Datuk Mohd Kazim Elias pula berkata perbuatan sedemikian tidak wajar ketika pemandu treler tersebut ditimpa musibah.

Penceramah bebas berkata orang ramai sepatutnya meringankan beban pemandu itu, bukan mengambil beras berkenaan.

Kelmarin, puluhan penduduk dan pengguna jalan raya mengaut 28 daripada 40 tan beras yang tumpah walaupun dihalang pihak berkuasa.

Ada membawa lori untuk mengambil beras sehingga licin dalam masa empat jam selepas kemalangan jam 10.50 malam di Jalan Tali Air 3, Tanjong Karang. – MalayMail

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana