PELAKON ISU 1MDB KHAIRUDDIN KECEWA DENGAN HERO DR MAHATHIR

Khairuddin Abu Hassan atau ‘Abang K’ merupakan jutawan yg juga suami kepada aktres Umi Aida yang kini berhadapan dengan krisis kewangan yang teruk. Khairuddin turut dianggap sebagai ‘Hero Dr Mahathir’ yang menghuru harakan keluarga bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah, Khairuddin juga didakwa adalah individu yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar sebelum ini. Khairuddin turut menjadi ‘penerbit’ buku 50 dalil yang menjadi bahan fitnah yang hampir menghancurkan keluarga Anwar dan menghuru harakan negara.

Kini Khairuddin kembali lagi memporak perandakan politik negara dengan mempolitikkan isu 1MDB bersama Matthias Chang. Tindakan yang dibuat Khairuddin semestinya datang dari arahan seseorang yang berpengaruh.

Kita semua ketahui bahawa Khairuddin juga dikenali sebagai kaki pusing dan tidak mustahil, Khairuddin dipergunakan oleh Dr Mahathir untuk menjaja berita tidak benar mengenai isu 1MDB di merata dunia bagi memburukkan imej pemimpin dan negara.

Khairuddin dijadikan alat oleh Dr Mahathir apabila diperlukan.
Namun setelah tidak berguna kepada Dr Mahathir dia diabaikan. Bak kata pepatah melayu, "Habis madu sepah dibuang".

Khairuddin merasakan bahawa dengan membantu Dr Mahathir dia akan mendapat balasan dan bantuan daripada Dr Mahathir tetapi malangnya Dr Mahathir tidak mempedulikannya dan kini dia berdepan dengan masalah kewangan yang teruk.

Pendek kata, Khairuddin sudah terkena dengan kelicikan Dr Mahathir. Harapan agar Dr Mahathir menyelamatkan krisis kewangannya tidak menjadi kenyataan menyebabkan dia terus kecewa dengan Dr Mahathir.

Khairuddin kini pasti berhadapan dengan masalah kewangan yang meruncing kerana dia sudah muflis dan tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung harap. Harapkan pagar, pagar makan padi! Disebabkan kecewa dengan Dr Mahathir, Khairuddin tidak kelihatan bersama Matthias Chang untuk mengkritik 1MDB yang dikaitkan dengan DoJ. Jelas sekali Khairuddin sudah kecewa dan putus harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana