PAS tak beri muka pada PKR...Berderauuu Telinga PKR ni

SHAH ALAM: PAS tidak akan 'beri muka' kepada PKR apabila tetap bertegas akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi yang kini disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bukan saja di kerusi Permatang Pauh, bahkan PAS dalam masa yang sama bersedia untuk bertanding di kerusi lain milik PKR di seluruh negara, termasuk kawasan DAP yang berpotensi di Pulau Pinang.

Ujarnya, hubungan parti itu dan PKR sudah putus jadi tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan meskipun terpaksa berhadapan saingan tiga penjuru.

“PAS tidak terikat dengan sesiapa sekarang, jadi kita bebas dan terserah untuk kita bertanding di mana dan banyak mana kawasan. Kita lawan tetap lawan, menang kalah, itu perkara lain.

“Dulu kita ada persefahaman, perjanjian. Sekarang sudah tidak ada maka terserah pada kitalah. Sebelum ada PKR, memang kerusi (Permatang Pauh) kita lawan Umno,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu malam tadi.

PAS pada Ahad minggu lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di kawasan Permatang Pauh, kerusi yang sinonim dengan PKR.

Bagaimanapun, tidak ada pengumuman rasmi PAS sama ada parti itu akan bertanding merebut kerusi Parlimen itu atau tiga lagi kerusi DUN di dalam parlimen berkenaan.

Naib Presidennya Dr Idris Ahmad yang melancarkan jentera itu berkata, PAS sedang bersedia sementara menanti jawatankuasa kepimpinan negeri menghantar laporan mereka untuk penilaian pemimpin pusat sebelum keputusan akhir dibuat.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan langkah PAS itu sebagai satu bentuk provokasi dan angkuh.

Untuk rekod, PKR menguasai kerusi Permatang Pauh sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10) pada tahun 1999.

Dalam pada itu Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya sedang mengkaji mana-mana kerusi lain milik DAP yang dilihat berpotensi untuk diletakkan calon pada pilihan raya nanti.

Beliau malah turut melontarkan keyakinan PAS mampu mencapai sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen sekaligus boleh menjadi penentu pembentukan kerajaan selepas pilihan raya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment