PAS MINTA PAKATAN SERAH 11 DUN DI PERAK, DAP BIMBANG HILANG KERUSI

WALAUPUN pucuk pimpinan PAS pusat membuat kata putus tiada kerjasama lagi dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS Perak masih ‘membuka pintu’ untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang turut disertai musuhnya Parti Amanah Negara (PAN).

Terbaru Pakatan Harapan diminta memberi laluan kepada PAS bertanding semula di 11 kerusi Dewan UndanganNegeri (DUN) miliknya jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, 11 kerusi asal PAS itu diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu perjanjian dengan Pakatan Rakyat dahulu adalah Alor Pongsu, Kuala Kurau, Changkat Jering, Sungai Manik, Kuala Sepetang, Kenering, Bota, Tualang Sekah, Batu Kurau, Jalong dan Manong.

PAS komited mengadakan perbincangan semula dengan Pakatan Harapan bagi mencapai persepakatan dalam melaksanakan format pertandingan dua penjuru, namun bukan untuk menyertai pakatan itu.

“Saya percaya sekiranya Pakatan Harapan ada kesedaran mengadakan persetujuan bagi memastikan pertarungan dua penjuru antara PAS dan Bn sahaja, pastinya kebimbangan pertembungan tiga penjuru dapat dihindarkan.

“Bagi PAS, asalkan Pakatan Harapan dan PKR bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk bertanding semula di sebelas kerusi tradisi kami pada PRU14, saya yakin masalah kebimbangan berlaku tiga penjuru akan selesai,”katanya kepada wartawan pada majlis Rumah Terbuka PAS kawasan Parit Buntar, kelmarin.

Sementara itu Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beruas, Datuk Mohd Ali Mansor mendakwa kemenangan DAP di beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Perak adalah kerana sokongan poengundi PAS pada dua pilihan raya umum yang lepas.

Beliau memberi contoh, kemenangan DAP bagi kerusi Parlimen Beruas pada dua pilihan raya umum lalu adalah semata-mata kerana sokongan PAS.

“Senario Beruas sama dengan Teluk Intan dan Taiping, kita lihat bagaimana DAP menang dalam dua pilihanraya, ” katanya yang dipetik daripada Agendadaily.

“Sebenarnya Beruas bukan kubu kuat DAP, sebelum ini DAP tidak pernah menang di Beruas dan sentiasa kalah selepas mendiang Tan Sri Lim Kheng Yaik tidak ada barulah DAP beroleh kemenangan, tapi sebenarnya yang memenangkan DAP di Beruas adalah PAS.
“Kalau kita lihat pengundi yang bergerak dalam dua atau tiga pilihan raya ini di antara 45,000 hingga ke 60,000 pengundi, DAP hanya menang 2,000 dan kemudiannya 5,000 maknanya, kalau 5,000 penyokong PAS tak bagi undi kepada DAP, DAP kalah… inilah Ngeh Koo Ham berasa takut,’’ kata Mohd Ali lagi.

Sebelum ini pemimpin PKR negeri itu turut bimbang pembangkang akan hilang tujuh kerusi DUN jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana