PAS MAHU TAWAN PERMATANG PAUH, PKR TERUS MELENTING!

PKR kesal terhadap tindakan PAS mengadakan program pelancaran jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh pada 16 Julai lalu. Bagi PKR, pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bercakaran sesama sendiri. Dalam pada itu, perlu diingatkan di sini bahawa PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan maka PAS boleh membuat keputusannya sendiri dalam apa jua perkara termasuk bertanding mana-mana kerusi di seluruh Malaysia baik kerusi Parlimen mahupun kerusi Dewan Undangan Negeri.

Naib Presidennya Tian Chua berkata, tindakan PAS itu merupakan satu provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan Kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan BN pada PRU14 kelak.

Ahad lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad melancarkan jentera parti dalam program di Kubang Semang yang dihadiri kira-kira 500 ahli dan penyokong PAS. Yang dipertuanya, Omar Hassan dalam ucapannya meminta kepimpinan PAS membenarkan mereka bertanding di kerusi itu.

Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu berkata, PAS dan kepimpinannya harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran PKR. Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999.

Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak 6 kali dalam pilihan raya umum dan kecil. Sudah tentu PKR sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri. Dalam perkara ini, mana-mana parti berhak untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen di mana semua parti layak bertanding jika cukup syarat.

Buat Tian Chua, parlimen Permatang Pauh bukan lah milik 100% PKR, persoalan yang timbul di sini adakah parti selain PKR tidak layak untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut . Faktor kegusaran ini mungkin berlaku disebabkan PKR merasakan bahawa kehadiran parti lawan seperti PAS akan memberi ancaman kepada PKR dan merampas kerusi tersebut. PKR dan Tian Chua perlu sedar dan tahu bahawa PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan. PAS tidak perlu dikawal oleh PKR dan boleh membuat keputusannya sendiri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment