Pandikar dedah 'games' pembangkang hantar 1000 soalan 1MDB

Gebang pembangkang memang tak boleh dipercayai... untuk nak tunjuk mereka serius bab 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ahli-ahli Parlimen pembangkang hantar lebih 1000 soalan berkaitan isu tersebut.

Bayangkan lebih 1000 soalan yang macam sampah dihantar untuk buat gempar dan apabila ditolak buat riuh kononnya Dewan Rakyat tak mahu bahas soal 1MDB.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan Dewan Rakyat menerima 19 daripada lebih 1,000 soalan berkaitan 1MDB untuk dibahas dalam sesi kali ini.

Bercakap di sidang medianya, Pandikar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya tidak memberi ruang untuk perkara itu dibawa dan ditanya.

"Dari lebih 1,000 soalan bukan kesemuanya dapat dijawab sebab peraturan mesyuarat jelas soalan-soalan yang ditapis yang didapati melanggari peraturan mesyuarat tidak diberi masuk (sidang parlimen) dan ditolak.

"Kita bukan boleh pilih sembarangan.

"Sebelum mereka (wakil rakyat) buat soalan baca dahulu Perkara 23(1)(c) sama ada apakah ia remeh, sindiran, sangkaan atau tohmahan," katanya.

Pandikar menjawab tuduhan pembangkang bahawa Dewan Rakyat menolak soalan-soalan berkaitan 1MDB.

Semua soalan yang ditolak itu, katanya, melanggar peraturan tetap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana