Pandai Ketika Berjanji Tapi Lari Bila Janji Dituntut

Kata orang, lembu dipegang pada talinya. Manusia pula dipegang pada janjinya. Itulah peribahasa Melayu lama yang menggambarkan betapa pentingnya seseorang itu berpegang pada janjinya. Menerusi tertunainya janji-janji inilah memggambarkan akhlak sebenar seseorang manusia samada dia adalah seorang yang amanah ataupun tidak.

Sejak Datuk Seri Mohd Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, antara fokus utama yang sentiasa dijadikan tahap dan teras pentadbirannya adalah menepati setiap janji yang beliau dan kerajaan lafazkan kepada rakyat. Walau sesukar mana halangan, prinsip beliau tetap teguh iaitu “Janji Ditepati”.

Justeru, tidak hairanlah apabila dalam penggal ini, beliau cukup giat menepati segala janji-janji beliau dan kerajaan untuk memastikan segala kemudahan infrastruktur dan ekonomi semasa berada pada tahp terbaik. Terbaru, beliau membuktikan janji kerajaan boleh dipercayai apabila projek MRT laluan Sungai Buloh Kajang selamat dirasmikan oleh beliau semalam.

Setelah melihat kejayaan pembinaan MRT laluan 1 Sungai Buloh Kajang ini berjaya dilakukan sesuai dengan janji beliau untuk membangunkan sistem pengangkutan awam negara berada pada taraf antarabangsa, timbul persoalan, bagaimana pula dengan janji-janji pembangkang yang sejak semalam begitu giat menyerang MRT dengan dakwaan kononnya ia di bina dengan perbelanjaan yang agak tinggi?

Samada sedar ataupun tidak, boleh dikatakan, tidak ada walau satupun janji dari mana-mana kerajaan parti pembangkang berjaya di laksanakan. Lihat sahaja bagaimana Pakatan Harapan Selangor menjanjikan segala masalah air yang membelenggu rakyat Selangor sejak sekian lama, akan dapat diselesaikan pada penggal ini.

Malah, kerajaan Pulau Pinang yang didakwa para penyokong Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang hebat juga gagal menunaikan janji mereka untuk mengatasi masalah banjir, menjaga kebajikan rakyat dan macam-macam lagi. Paling teruk adalah kegagalan kedua-dua kerajaan ini menghapuskan tol di mana-mana lebuh raya yang ada di negeri mereka.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Selangor pernah berjanji untuk memberi bantuan khas bulanan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh negeri Selangor. Hari ini, usah katakan bantuan, pemberian setiap bulan pun gagal dilaksanakan. Bagi pemimpin kedua-dua pemimpin ini lebih memberikan keutamaan kepada politik berbanding menjadi Wakil Rakyat yang sebenar.

Apa yang menyedihkan adalah, mereka telah menipu rakyat di Selangor dan Pulau Pinang hidup-hidup dengan pelbagai janji. Namun sehingga hari ini, bukan hanya cebisan janji-janji yang ditabur semakin hilang dari ingatan, malah mereka juga menekan rakyat negeri masing-masing dengan pelbagai caj yang ada ketikanya tidak masuk akal.

Lihat sahaja projek Terowong bawah tanah, membina Jambatan Pulau Pinang Ketiga dan menjaga kebajikan setiap kaum di negeri masing-masing, semuanya mereka gagal laksanakan. Adakah ini yang kita mahu untuk mewakili kita ke Sidang Parlimen?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana