PAKATAN PEMBANGKANG CUBA GUNA STRATEGI ‘POLITIK SESUMPAH’ DI SABAH DAN SARAWAK

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar percaya pakatan harapan dan rakan sekutunya di Sabah dan Sarawak cuba menggunakan strategi ‘politik sesumpah’ setelah tidak menyenaraikan kepimpinan mereka di kedua-dua negeri berkenaan di dalam struktur kepimpinan pakatan terbabit.

Beliau yang yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom seterusnya menambah apa yang akan digunakan kelak adalah bagaimana parti-parti politik di Sabah dan Sarawak akan menggunakan kempen berbentuk kenegerian dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat nanti.

“Saya melihatnya begitu…mereka akan menggunakan kempen berbentuk kenegerian dan akan berubah wajah mengikut tempat dan negeri. Sebab itu mereka tidak meletakkan mana-mana pemimpin daripada Sabah dan Sarawak di dalam strukutur mereka.

“Itulah yang saya katakan mereka ini cuba menggunakan strategi ‘politik sesumpah’ dalam usaha mengelirukan rakyat semenanjung sedangkan masyarakat Sabah dan Sarawak sudah tahu dan kenal perangai rakan sekutu mereka itu.

“Rakyat kedua-dua negeri berkenaan mahukan parti yang bukan sahaja benar-benar bertanggungjawab dan bukannya timbul dalam waktu serta musim menjelangnya pilihan raya umum semata-mata,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, Dap, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Turut dinamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan.

Jamawi seterusnya menegaskan politik sesumpah yang cuba digunapakai oleh pakatan harapan bakal menjerat leher mereka sendiri kelak kerana rakyat Sabah dan Sarawak tahu siapa sebenarnya yang berada di belakng tabir pakatan berkenaan.

Justeru beliau menambah gula-gula politik dan kempen berbentuk kenegerian tidak akan diterima sepenuhnya sebaliknya bakal memberi kesan negatif kepada pakatan berkenaan.

“Malah saya cukup yakin, kepimpinan pakatan harapan pun sedar dan tahu bahawa mereka tidak dapat diterima oleh rakyat kedua-dua negeri tersebut. Sebab itulah mereka cuba bermain politik sedemikian rupa.

“Berbanding dengan kita di dalam Barisan Nasional (BN) wakil daripada Sabah serta Sawarak berada di dalam saf kepimpinan tertinggi parti. Itulah bukti yang jelas bagaimana keikhlasan kita dalam berpolitik dan juga menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh,” ujarnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana