PAKATAN HARAPAN MASIH GAGAL NAMAKAN ‘PM REALISTIK’

Barisan Pakatan Harapan (PH) dengan struktur kepimpinan yang baharu bakal hancur dan rebah kerana ‘kecelaruan’ yang bakal dibawa oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya terutama sekali berhubung penamaan calon Perdana Menteri yang realistik.

Sedia maklum dengan penubuhan tersebut, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya yakin dan percaya bahawa sifat “desperado” Tun Mahathir yg sanggup “U-Turn” akan membawa padah struktur baru ini.

“Pemuda UMNO Kedah yakin kegagalan Pakatan Harapan anyg masih gagal menamakan calon Perdana Menteri yang “realistik” membuktikan bahawa masih wujud pra-sangka, dan ketidak percayaan politik diantara satu sama lain.

“Umum sedia maklum bahawa kemungkinan Datuk Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri adalah begitu kecil kerana faktor beliau masih berada di dalam tempoh hukuman dan umur,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Shaiful, kewujudan “Perdana Menteri Transit” menunjukkan belum wujud konsensus yang serius diantara komponen Pakatan Harapan, walhal gabungan tersebut seharusnya menunjukkan imej kestabilan, dan persefahaman bayangan kerajaan alternatif yang baik kepada rakyat.

Jelasnya lagi, beliau juga yakin DAP kekal menjadi “Broker Kuasa” paling berpengaruh didalam PH, manakal persetujuan untuk tetap meletakkan Anwar dan Tun Mahathir sebagai Presiden dan Pengerusi hanyalah untuk”membeli” keyakinan politik Melayu bagi PRU yang akan datang.

“Pemuda UMNO Kedah melihat inilah keputusan politik yang paling rapuh dibuat oleh Pakatan Pembangkang. Mereka seharusnya mengakui bahawa isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Pembangkang masih menjadi pertikaian utama.

“Pakatan Harapan juga tidak sama sekali menunjukkan imej sebuah kerajaan yang stabil dan mampu mengemudikan pentadbiran dengan baik. Kalau di negara-negara lain, parti pembangkang pada waktu ketika ini sudah ada siapa calon perdana menteri dan calon menteri kabinet bersama portfolio-portfolio tertentu. Namun Pakatan Pembangkang sendiri masih diperingkat membincangkan isu pembahagian kerusi yang sama sekali masih belum diselesaikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Kedah konsisten menyatakan bahawa komitmen Pakatan Harapan semalam hanyalah satu kenyataan “politik” bersifat kitar semula dan penuh retorik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana