PAKATAN HARAPAN KETANDUSAN ISU TERDESAK MAHU MENANG DALAM PRU-14

DAP ketandusan isu apabila mengaitkan anak Menteri Besar Johor iaitu Akmal Saufi Mohamed Khaled yang kononnya ada kaitan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Menteri Besar Johor Khaled berkata tindakan portal rasmi parti DAP yang cuba mengelirukan masyarakat dengan fakta tidak benar dan pendustaan. Apa-apa juga isu yang cuba diperkatakan seharusnya berasaskan fakta dan bukti yang kukuh.

Nampak sangat DAP sedang ketandusan isu, idea dan modal tetapi masih cuba dan tidak berputus asa untuk mempengaruhi rakyat dan pandangan masyarakat dengan mengelirukan, memutar belitkan fakta atau mengatakan yang tidak benar.

DAP tidak seharusnya membuang masa dengan terlalu banyak memfokuskan isu yang tidak benar dan sahih kerana ini tidak banyak membantu kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Kini Portal Rasmi DAP Roketkini.com diberikan tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik laporan di portal rasmi parti DAP itu yang mengaitkan Akmal Saufi dengan PPBM. Akmal Saufi telah menegaskan dakwaan dan kenyataan yang disiarkan oleh portal berkenaan sama sekali tidak benar dan disiarkan dengan niat untuk memfitnah.

DAP semakin terdesak dengan menimbulkan isu-isu seperti ini apatah lagi mereka berusaha memburukkan pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Barisan Nasional untuk meraih undian pengundi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 semakin dekat.

Sebaliknya rakyat terutama golongan pengundi atas pagar lebih berminat untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kerajaan Barisan Nasional.

Kesimpulannya daripada DAP ketandusan isu dan membuang masa dengan isu luaran adalah lebih baik pemimpin-pemimpin DAP menggunakan masa yang ada untuk membina kekuatan dalaman Pakatan Harapan seterusnya memberikan keyakinan kepada rakyat khasnya orang Melayu tentang jika apa akan terjadi jika berlaku perubahan kerajaan.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana