Pakatan Harapan Didesak Jelaskan Di Mana Kerusi Bakal Ditandingi PPBM

Memandangkan Presiden PPBM Tun Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penangguhan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan dirinya kerana perselisihan untuk memberikan jawatan kepada dirinya, itu bermakna beliau ada pengaruh yang besar dalam pakatan itu.

Oleh itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mendesak pakatan pembangkang menjelaskan kerusi mana yang akan ditandingi oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Kita tahu, ada cadangan untuk Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan kemudian ada yang tolak kerana Anwar dan beberapa kelompok lain tidak setuju.

“Kalau Mahathir mahu diberikan jawatan sebagai ketua dalam pakatan, Mahathir tentu ada pengaruh besar dalam pembangkang tetapi sekarang ini Bersatu (PPBM) hanya ada satu kerusi dalam Dewan Rakyat paling sedikit dalam pembangkang.

“Adakah Bersatu akan diberikan banyak kerusi pada PRU14 nanti yang membolehkan Mahathir memimpin Pakatan, ini yang saya hendak parti PKR, DAP dan PAN jelaskan,” kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika ini pembangkang sudah ada kerusi yang dibahagikan berpandukan kepada kawasan bertanding pada PRU13 lepas.

Memandangkan Bersatu adalah sebuah parti yang macam UMNO, mungkin pembangkang akan memberikan ruang kepada parti itu untuk bertanding di kawasan yang ada majoriti pengundi orang Melayu.

“Oleh sebab itu, saya begitu berminat hendak dengar penjelasan pemimpin tiga parti itu di mana calon dari Bersatu akan bertanding khususnya kawasan Dr Mahathir nanti,” katanya.

Ramesh berkata, amat pelik jika DAP boleh memberikan ruang yang banyak kepada Bersatu untuk bertanding beberapa kerusi kerana DAP begitu bimbang kehilangan pengaruh lebih-lebih lagi kepada parti yang nampak sama seperti parti musuhnya iaitu BN dan UMNO.

“Jangan tunggu lagi, jelaskan di mana parti PPBM akan bertanding pada pilihan raya nanti, rakyat mahu tahu,” kata Ramesh

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana