OTAI REFORMASI TOLAK MAHATHIR, TUNTUT DIBICARAKAN JIKA PH MEMERINTAH

Otai Reformis menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad di dalam Pakatan Harapan sebagai Pengerusi dalam masa yang sama membantah bekas Perdana Menteri itu menyandang salah satu jawatan di dalam kerajaan jika gabungan pembangkang itu berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Shaari Sungib dan Abdul Razak Ismail, ianya pendirian semasa Otai Reformis selepas Pakatan Harapan mengumumkan struktur Pakatan Harapan baru-baru ini.

“Otai Reformis kekal seiring jalan berjuang bersama-bersama Pakatan Harapan apabila Pakatan Harapan membuat keputusan meletakkan Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan dengan itu pendirian Otai Reformis semasa adalah menolak kepimpinan Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai Perdana Menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya,” kata mereka.

Ekoran itu Shaari dan Abdul Razak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi dan Setiausaha sebagai simbolik ketidakpuasan hati terhadap jawatan terbaru Dr M di dalam gabungan pembangkang tersebut.

Pakatan Harapan sementara itu didesak untuk meletakkan ketetapan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan di dalam manifesto parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) agar Dr M yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dapat diadili daripada semua tuduhannya ketika menjadi Perdana Menteri.

“Menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Dr Mahathir,” tambah Shaari dan Abdul Razak lagi.

Shaari Sungib merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor dalam masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang. – BeritaDaily

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana