ORANG LANGKAWI SEDANG MENANTI DETIK ‘BALAS DENDAM’?INGAT MADEY..... ORANG PUN NAIK MENYAMPAH

Khabarnya dia akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Khabarnya juga dia sendiri seolah-olah mengaku kononnya kerusi Parlimen Langkawi merupakan kerusi yang mudah dia menangi sekiranya bertanding di sana.

Apatah lagi dia sudah mendapat ‘restu’ dan ‘blessing’ dari ‘ketuanan’ DAP untuk bertanding di pulau lagenda itu, penulis yakin dia sedang gembira memikirkan diri yang bakal menjadi calon pilihan raya. Malah mungkin sedang ‘mencatur’ diri menjadi Perdana Menteri semula?

Penulis tidak nafikan bahawa dia banyak membangunkan pulau tersebut. Dari sudut pembangunan dan pelancongan, dia banyak bertanggungjawab merubah landskap pulau bersejarah tersebut. Memang itu salah satu ‘jasa’nya di sana.

Namun begitu, bagaimana ‘jasa’ itu dijayakan? Pada pandangan penulis, tidak menjadi soal sekiranya dia memajukan atau membangunkan pulau Langkawi. Namun, bagaimanakah cara memajukan dan membangunkan pulau tersebut, ia yang menjadi topik menariknya…

Siapa pemilik asal tanah-tanah yang terletak di kedudukan strategik pelancongan di Langkawi khususnya di sekitar pantai-pantai yang cantik dan menggamit kehadiran jutaan pelancong saban tahun?

Bagaimana caranya tanah-tanah strategik itu berpindah tangan kepada taikun-taikun tertentu yang sering dikaitkan sebagai ‘geng kroni’? Ke mana pula perginya pemilik-pemilik asal tanah-tanah tersebut setelah terpaksa dijual atas nama pembangunan?

Penulis tidak pertikai kemampuan taikun-taikun ‘kroni’ itu untuk membangunkan Langkawi berdasarkan modal dan kemahiran mereka berniaga. Namun, apakah segala urus niaga itu memberi keuntungan yang setimpal dengan apa yang dikorbankan?

Benar pemilik asalnya dapat wang berjuta dan sedikit pampasan. Tapi dari sudut jangka masa panjang, siapa yang rugi? Dan kini anak cucu mereka terpaksa menjadi ‘kuli’ di tanah yang pernah menjadi milik mereka? Sedangkan mereka sebenarnya dulu boleh menjadi sehebat ‘taikun’ sekiranya diberi peluang, bukan?

Soalnya, dia sibuk mengatakan tanah di negara ini dijual pada orang asing, tapi siapa yang jual Langkawi pada orang luar yang bukan orang Langkawi? Bangsa lain dari luar Langkawi kaya raya dan bertambah kaya, tapi apa yang orang Langkawi dapat?

Terpaksa ‘lari’ ke sebelah darat di kaki-kaki gunung untuk meneruskan hidup sambil bekerja dengan ‘tuan tanah’ baru? Terpaksa meminta izin untuk lalu di kawasan persisir pantainya untuk mencari sesuap nasi?

Bagaimana pula khabarnya dengan operasi sebuah premis yang kini masih lagi dipertikai mengenainya di mahkamah oleh Majlis Perbandaran Langkawi? Khabarnya bekas Menteri Besar itu memberi jawapan mengejutkan ketika ditanya mengenai status premis itu?

Perlu mendapat persetujuan dari ayahnya untuk merobohkan premis yang tidak sah status itu? Kalau ayahnya setuju, maka barulah dia akan robohkan premis itu? Boleh jelaskan? Apa kaitan ayahnya dengan premis tersebut? Ayahnya pemilik tanah itukah?

Pada pandangan penulis, itu baru sedikit saja ‘bayangan’ yang disampaikan ‘orang Langkawi’ bila mendengar dia mahu bertanding di sana. Khabarnya, mereka memang mengalu-alukan dia bertanding di parlimen itu. Banyak ‘isu’ sedang menunggunya di sana, kata mereka…

Kita sebuah negara demokrasi. Jika dia mahu bertanding dan rasa ‘kuat’ di Langkawi, silakan. Penulis yakin tiada siapa yang menghalang. Namun yang pasti, hanya orang Langkawi saja lebih tahu ‘hutang’nya pada mereka.

Padanlah mereka kata hanya segelintir saja orang Langkawi yang melawat ‘galeri’nya di sana. Ramai yang melawat hanya orang luar yang mendewakan dia dan segelintir pentaksub yang mendapat sedikit ‘laba’. Dia yakin boleh menang? Dia yakin Langkawi kubu kuatnya? Silakan, majoriti orang Langkawi ‘tidak sabar’ menanti detik itu…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana