NOTHING TO HIDE 2.0: “DIA KAN ‘TOPDOG’, BIARLAH DIA MENYALAK UNTUK TUAN DIA…”

Diberi kesempatan minum pagi bersama dengan orang-orang lama politik, penulis tidak melepaskan peluang untuk bertanya beberapa soalan. Apa yang menarik, minum kopi pagi hari ini bersama dengan mereka-mereka yang pernah “berlaga angin” dengan Mahathir, lantas memilih untuk bersama dengan Semangat 46 pimpinan Ku Li.

Tergelak mereka apabila penulis bertanya, sejauh mana perlu Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran Mahathir dalam Nothing To Hide 2.0. Penulis lantas bertanya “Kenapa gelak?”

Pertama, mereka mempersoalkan mengapa perlu dilayan Mahathir, yang jelas tidak pernah mahu mendengar keluhan dan pendapat orang lain. Jika bersandarkan kononnya kebebasan bersuara, mereka mengajak penulis lihat kembali zaman 22 tahun dulu. Menurut mereka, jangankan untuk berdebat, untuk mengadakan ceramah sahaja tidak dibenarkan sambil menceritakan sedikit kejadian yang berlaku Felda Jengka, yang mana Polis telah mengarahkan pimpinan Semangat 46 untuk bersurai. Akhirnya, seramai kira-kira 2 ribu orang yang sudah berkumpul kecewa kerana Ku Li tidak dibenarkan untuk berucap.

Sedang program yang tidak melibatkan Mahathir pun tidak dibenarkan, apatah lagi jika program berkenaan ingin menjemput Mahathir untuk berdebat dengan Ku Li!

Penulis mencelah “Ini zaman orang muda, debat adalah cara orang muda”. Cikgu Haron, paling senior antara mereka, tersenyum lantas menjawab “Cuba anak lihat siapa yang bersuara itu, anak muda atau orang tua-tua?”.

Benar juga jawapan itu, kerana setahu penulis, Mahathir bukan berumur 29. Andai tidak, manakan Mahathir dan Kit Siang layak dipanggil antik politik Malaysia.

“Apa yang perlu anak lihat ialah, bagaimana sekumpulan orang tua yang rakus, menggunakan alasan anak muda untuk mencapai cita-cita mereka.”

“Jika benar suara anak muda, suruh Mahathir jawab soalan dari anak-anak muda Armada dahulu tentang kekayaan anak-anaknya itu” tambah seorang pakcik yang dari tadi asyik dengan rokok lentengnya.

“So, debat tidak relevankah untuk menjawab persoalan?” tanya penulis.

“Bukan tidak relevan, tetapi lihat motif mereka. Hampir semua tuduhan telah dijawab, jadi apa lagi yang mereka mahu selain usaha untuk memalukan Perdana Menteri di khalayak ramai?” tambah Cikgu Haron. “Ini soal hati yang sudah hitam, tidak mahu menerima jawapan dan hakikat. Jangan dilayan, terus bangunkan bangsa dan negara lagi bagus” tambahnya lagi.

Seperti kata seorang sahabat, lebih baik jadi pengkaji dari pendebat, yang kebanyakkan bercakap dahulu sebelum berfikir. Tidak mustahil, Nothing To Hide 2.0 ini hanyalah cara untuk kitar semula isu-isu yang telah dijawab, semata-mata untuk memanjangkan tempoh hayat isu-isu berkenaan.

Sebelum beredar, sempat penulis bertanya “Rasa-rasanya, apa yang sedang Mahathir lakukan?”

“Dia kan ‘topdog’, perlu menyalaklah untuk tuan dia..!” kata seorang yang pakcik yang dari awal perbualan hanya diam, sambil disambut dengan gelak tawa semua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana