‘NOTHING TO HIDE 2’ VERSI TANPA KUASA?DALAM KEPALA MADEY NIAT JAHAT

Agak melucukan bila ‘macai-macai’ pembangkang masih lagi bercakap soal ‘Nothing To Hide 2’. Katanya Perdana Menteri kononnya ‘penakut’ dan tidak akan hadir ke program itu. Malah dikutuk pula ‘tuan rumah’ yang menghalang kebiadapan mereka semalam di PWTC…
Pada pandangan penulis, adalah tepat sekiranya Perdana Menteri tidak mengendahkan program itu, apatah lagi memenuhi jemputan berbaur provokasi budak-budak biadap. Tidak hadir tidak semestinya takut, malah ia tindakan lebih matang dan bijak untuk mengajar pihak yang bersikap kurang ajar.

Namun begitu, penulis sarankan supaya Armada mengubah sedikit program tersebut supaya lebih menjurus kepada masalah yang masih buntu dan gagal dirungkai di dalam parti mereka. Hanya undang sahaja bekas Perdana Menteri itu untuk menjawab soalan Armada.

Ketika dia berkuasa dulu, tidak ada sesiapa pun yang berani mempersoalkan dirinya mahupun keputusannya. Jika pembangkang persoal, maka tidak lama kemudian mereka akan terkurung di Kamunting. Malah, ada juga pemimpin UMNO yang terima nasib begitu!

Jika pemimpin kerajaan, menteri atau BN yang persoalkan dia, maka jika tidak ‘digugur’ dari jawatan, maka bersediakan untuk ‘dibenam’ ke dasar dan sekaligus ‘disejuk beku’ atau terus ‘mati’ karier politiknya. Apa yang dijangka dari tindakan seorang ‘diktator’?

Di era pentadbirannya dulu, memang berkonsepkan ‘everything to hide’. Hanya jika isu berkenaan melibatkan musuh politiknya, maka barulah isu itu akan bersifat ‘nothing to hide’. Berapa banyak skandal yang di’hide’, sila rujuk sejarah…

Jadi, inilah kesempatan untuk Armada, selaku budak-budak ‘kanyaq’ yang ‘baru kenal politik’ untuk mengetahui perkara berkenaan lebih lanjut, khususnya segala persoalan mengenai skandal-skandal yang pernah berlaku.

Tidak terhadap hanya berkenaan kekayaan anak-anak dan kroni-kroninya yang ‘dibolot’ ketika dia berkuasa dahulu, begitu juga dengan skandal-skandal lain, krisis-krisis lain, kontroversi-kontroversi lain yang bersangkutan. Kalau boleh, bawa buku Barry Wain, seorang yang layak disifatkan seperti Claire Brown versi lama…

Tapi, jangan terkejut jika jawapan yang diberikan nanti agak menghampakan. Mungkin dia akan jawab ‘tidak ingat’, ‘dah lama dah’, ‘saya lupa’, ‘saya dah tua dah’, dan sebagainya. Juga jangan terkejut jika dia salahkan orang lain atau berdolak-dalik mengenainya. Biasalah, ‘maksum’, bukan?

Sementelah itu, jika Presiden ‘cap bunga’ pun hadir sama, bolehlah juga ajukan soalan mengenai Nika. Kalau boleh, bawa saja ‘akuan bersumpah pihak yang berkaitan’. Jadi, bolehlah dijadkan rujukan bersama…

Cuma pada pandangan penulis, mungkin program itu akan berlangsung dalam tempoh yang lama. Mungkin tidak cukup sehari dan memerlukan lebih dari sebulan. Banyak yang perlu dirungkai dan dihadam. Tapi, ia akan menjelaskan banyak perkara sepanjang 22 tahun, bukan? Selamat berforum!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana