Nik Aziz pun tak pilih Husam, kata exco Kelantan...Muka Tak Sedar Diri

Siapa DAP untuk mengisytiharkan calon Menteri Besar Kelantan?, itu persoalan yang ditimbulkan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

Reaksi itu menyusul selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada baru-baru ini menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Che Abdullah berkata, Menteri Besar kini, Datuk Ahmad Yaakob adalah pilihan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya Husam.

"Husam diisytiharkan (sebagai MB) oleh Kit Siang. Sedangkan DAP tiada kerusi pun di Kelantan. Datuk Ahmad Yaakob bukan sahaja dapat pengesahan dari Allahyarham Tok Guru (Nik Aziz) tetapi juga pilihan Tok Guru.

"Beliau (Ahmad) diambil dan dipilih, dikala Tok Guru juga boleh memilih Husam. Antara pilihan Tok Guru dan 'endorsement' Kit Siang, rakyat Kelantan boleh pilihan yang mana," ujarnya kepada Antarapos.

Malah Che Abdullah mengingatkan bahawa Nik Aziz sendiri yang menggugurkan Husam daripada senarai Exco di Kelantan, sekaligus menutup peluang untuk ADUN Salor itu mengintai jawatan menteri besar.

"Tok Guru (Nik Aziz) tidak memilih (Husam) bukan sahaja sebagai MB, bahkan juga sebagai Timbalan MB," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Kit Siang ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kota Bharu pada malam kelmarin menyatakan impiannya untuk melihat Husam diangkat menjadi Menteri Besar jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Kit Siang, Husam boleh menjadi teladan yang baik terhadap rakyat Kelantan.

Che Abdullah yang juga Setiausaha PAS Kelantan berkata tindakan Kit Siang itu akan menyerlahkan lagi cakap-cakap bahawa DAP merupakan 'tulang belakang' penubuhan Amanah.

"Bermakna mengiyakan apa yang disebut dan difahami ramai rakyat Malaysia, bahawa di belakang Amanah adalah DAP yang beri sokongan untuk menguasai politik Malaysia dan negeri.

"(Namun begitu) Rakyat Kelantan akan bangkit menentang DAP yang cuba untuk meletakkan MB di Kelantan," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana