NETIZEN KECAM PH GARA – GARA LOGO TIDAK KREATIF, PEMIMPIN ‘KITAR SEMULA’ DAN TIGA ‘BOSS’

Barangkali terlalu gembira dengan ‘kecantikan’ logo rasmi yang dipilih mewakili Pakatan Harapan yang berlatarbelakang warna merah, dengan perkataan “Harapan” dibahagikan oleh sebuah ‘gunung’ di tengahnya serta barisan kepimpinan yang baharu, akhirnya catatan di laman Facebook milik Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin mengundang kecaman netizen yang rata-rata ‘muak’ dengan janji – janji palsu pembangkang.

Malah, majoriti komen yang ditinggalkan oleh pelayar media sosial berpendapat, logo yang kononnya mengambil masa begitu lama untuk dikongsikan kepada umum itu juga sangat ringkas dan tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

“Tahniah logo dan bendera paling simple (ringkas).. Bendera mcm ni senang nak dibuat, beli kain ela pastu beli cat putih dan buat tulisan nya. Jadi lah bendera dah boleh digantung. #AkuTungguYbAfifTurunPerak,” kata Wan Mohamad Desah.

“Punya lama nak umum logonya pun..jangan lari bertanding tempat lain pula,bangunkan Seberang Jaya dulu dan kandang khinzir yang YB perjuangkan ni…ada Aura Lambang PH ni..hihi,” Muhamad Syawal Mohd Zublie.

“Ni bukan mimpi di siang hari…kihkihkih… tapi dah tiap – tiap hari dok mimpi tak kira hari dah… Ni laa akibatnya kalau asyik kuat ‘meqeluh’ dan kuat makan…mimpi jaa keja mamat boroi ni?, “ kata Herry Putera.

“Ni logo tiru parti singapore ke…dah tiada idea ke?,” kata Hazwan Razak

“Macam ni je logonya??? Wakakakakaa tak kreatif langsung,” kata Adimus Putra Yamin.

Sementara itu, tidak kurang juga yang turut mempersoalkan peranan tiga individu yang mempunyai jawatan tertinggi dalam gabungan tersebut, yakni Ketua Umum, Presiden dan Pengerusi, termasuk mempertikaikan penstrukturan semula pemimpin yang ‘dikitar semula’ selain dari muka –muka baharu.

“Apa peranan ketua Umum pengerusi dan presiden, kenapa Kim Kit Siang tiada dalam Majlis tertinggi. Sedangkan beliau banyak pengaruhi keputusan PH,” kata Mohamad Iberahim Mohd Kifri.

“Ketua Umum Pakatan Harapan panggil Pengerusi Pakatan Harapan Mahafiraun, Mahazalim dan Mahadiktator.

“Pengerusi Pakatan Harpan panggil Ketua Umum Pakatan Harapan kaki liwat, kaki langgan pelacur, berakhlak dan bermoral rendah, agen Yahudi Soros, budak suruhan Bank Dunia dan IMF dan boneka Amerika Syarikat.

“Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PAN) panggil Ketua Umum PH Al Juburi dan buka kilang kunyit. Panggil Pengerusi PH pula sebagai kepala perompak dan ketua pelingkup negara.

“Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PPBM) pula gelar Ketua Umum PH sebagai pemecah belah orang Melayu nombor satu. Macam mana boleh diletakkan Harapan Menggunung untuk tadbir negara macam ini???,” kata Muhammad Akhmal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana