Nama Anwar tiada dalam struktur Pakatan Harapan...Penyokong ANWAR kena Tipu Lah

 SHAH ALAM - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan di dalam perlembagaan Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan diletakkan tanpa nama penyandangnya.

"Soal personaliti tidak timbul. Apabila kami hantar perlembagaan, kami tidak bagi nama siapa yang pegang jawatan kita cuma namakan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita pada  sidang media selepas menyerahkan logo di pejabat ROS, di sini hari ini.

Ditanya  jawatan Ketua Umum ada dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Mahathir mengakui perkara tersebut.

"Jawatan Ketua Umum ada diletakkan di dalam perlembagaan tetapi siapa yang mengisi jawatan tidak perlu disebut.

“ROS pun terima perlembagaan kami. Tidak ada masalah," katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Mahathir sebagai Pengerusi dan Presiden adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan yang berlangsung lebih 4 jam pada 14 Julai lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana