Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar Kutuk Pakatan Harapan

Terkejut besar saya bila membaca buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, yang baru sahaja diterbitkan bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues”.

Keterkejutan saya ini pula bukanlah disebabkan oleh kritikan Dr Kua Kia Soong terhadap Pakatan Harapan, termasuk DAP, kerana saya sedia tahu sikap kritikal beliau, yang bertindak keluar dari DAP pada tahun 1996, ke atas Pakatan Harapan dan DAP.

Perkara yang sebenarnya mengejutkan saya mengenai buku Dr Kua Kia Soong ini ialah kerana kandungan buku ini, yang sangat kritikal ke atas Pakatan Harapan dan DAP, disokong oleh seorang pemimpin tinggi DAP sendiri!

Seperti diketahui, Dr Ariffin Omar, penulis kata-kata aluan buku ini, adalah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Dewan Negara (Senator) DAP mewakili Kerajaan Pulau Pinang.

Mengikut adat dan kebiasaan, disiplin parti tidak membolehkan seseorang ahli parti, apatah lagi seorang pemimpin tinggi parti seperti Dr Ariffin Omar, mengkritik secara terbuka parti atau pakatan politik yang disertai oleh parti itu.

Mengkritik secara terbuka keputusan dan tindakan parti sendiri sudah pastilah merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan kepentingan parti kerana ia merugi dan menjejaskan kedudukan parti di mata rakyat.

Bagaimanapun, inilah yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar melalui tulisan beliau di dalam kata-kata aluan buku Dr Kua Kia Soong ini yang menyatakan:

(1) Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “Indeed both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have such serious shortcomings that any thinking Malaysian might feel that in the coming elections it is basically a choice between Lucifer and Beelzebub”.

(2) Pakatan Harapan mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “the issues dealt with by Kua as well as the questions raised by him have shown that both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) face major issues around good governance, transparency and corruption”.

(3) Pakatan Harapan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “nor do they (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) seem to have a clear sense of direction as to how to improve race relations, foster national unity and a sense of nationhood as well as redistribute wealth fairly and enhance justice and democratic values through good educational policies”.

(4) Pakatan Harapan bersifat opportunistik. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “both coalitions (Barisan Nasional and Pakatan Harapan) have embraced opportunism to the point whereby the various component parties express interests that are at times in conflict with each other”.

(5) Kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “the Pakatan Harapan alliance with Mahathir who brought the country to such dire straits in his 22 years as Prime Minister and their preparedness to overlook his transgressions is indeed mind boggling” dan “yet this ‘unity’ is a mere facade”.

(6) Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Harapan yang menimbulkan soalan mengenai apa akan berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak digulingkan sedangkan ini yang rakyat mahu tahu. Ini terkandung di dalam kenyataan Dr Ariffin Omar yang berbunyi “not one of the leaders of Pakatan Harapan has raised the question of what happens next after Najib Razak is removed” dan “yet this is what Malaysians want to know”.

Sungguh kelakar sekali membaca kenyataan-kenyataan Dr Ariffin Omar ini kerana tidak mungkin beliau tidak sedar bahawa bila beliau mengkritik Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik DAP, sebuah parti yang beliau sendiri bukan setakat anggotai tetapi adalah Naib Pengerusi Kebangsaan.

Hanya mereka yang kurang siuman sahaja yang tidak tahu bahawa bila Dr Ariffin Omar mengkritik pemimpin Pakatan Harapan beliau sebenarnya sedang mengkritik bukan setakat pemimpin DAP tetapi juga mengkritik diri beliau sendiri kerana beliau juga, di atas kedudukan beliau selaku Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, adalah pemimpin Pakatan Harapan.

Bila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, juga mengkritik Pakatan Harapan di dalam cara yang sama seperti saya lakukan sebelum ini maka apakah lagi yang boleh pemimpin Pakatan Harapan lakukan untuk membela diri mereka?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana