“MUHYIDDIN, GENTLEMAN SIKIT LAH KALAU HENDAK ULAS ISU” – VIDEO UNTUK MUHYIDDIN

Jika ingin melihat bagaimana watak-watak mereka yang dahulunya UMNO dan kemudian sertai pembangkang, lihat sahaja yang sedang terjadi ke atas Muhyiddin Yassin. Apa tidaknya, komentar oleh Presiden PPBM itu kononnya Pemuda UMNO tidak gentleman berhubung insiden kekecohan kelmarin jelas membuktikan hanya maklumat tidak tepat akan sampai kepada golongan-golongan seperti Muhyiddin.

Kenyataannya yang langsung tidak mencerminkan wibawa seorang pimpinan tertinggi sesebuah parti apabila menafikan sesuatu yang diketahui umum. Inilah yang berlaku kepada golongan seperti Muhyiddin, yang apabila  hanya memilih hirisan-hirisan berita yang senang di hati mereka. Apa diharap media pro mereka, jika hadir ke tempat kejadian pun terlewat, maka sejauh manakah pelaporan yang dibuat itu tepat?

Bila sebut tentang sikap suka membaca, teringat pula pendedahan Rahman Dahlan bahawa dokumen berkenaan 1MDB  yang diberikan kepada ahli mesyuarat sewaktu mesyuarat kabinet, yang mana Muhyiddin mendakwa tidak menerima apa-apa maklumat. Ibarat sudah disuap pun enggan ditelan, apa lagi yang hendak dikatakan? Itulah resmi tunggul.

Hakikatnya, Pemuda UMNO dengan budiman menunggu kehadiran tetamu di PWTC seperti waktu yang diberikan oleh Armada. Hampir setengah jam menunggu dan tetamu tidak kunjung tiba, maka tuan rumah dengan risaunya keluar mencari tetamu yang seharusnya dimuliakan. Apabila terlihat tetamu-tetamu itu, rupa-rupanya mereka sedang mengagihkan sepanduk yang berbaur provokasi terhadap tuan rumah. Justeru, tidak mungkin tuan rumah hanya menunggul.

Hendak masuk ke rumah orang, berilah salam “Assalamualaikum”. Kucing bawa tidur rimau bawa igau, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana