M.Nasir penghibur bertaraf lagenda - Zambry

Memanglah sesuatu yang bukan kebiasaan apabila Menteri Besar berpeluang mendengar nyanyian serta disusuli dengan memuji seorang penyanyi yang dianggap umum sebagai bertaraf lagenda—siapa lagi kalau bukannya M.Nasir.

Dalam program pagi tadi (Khamis) Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang diundang khas ke program anjuran Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di Tanjung Tualang, dekat Batu Gajah dihiburkan dengan beberapa buah lagu nyanyian penyanyi yang berasal dari Singapura kini menetap di Kuala Lumpur itu.

Undangan M Nasir ke program SADC itu yang mana merupakan pertama kali penyanyi tersohor yang juga seorang komposer lagu itu menjejakkan kakinya ke kawasan ini dibuat Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Program ini dalam DUN Tualang Sekah (Datuk Nolee Ashilin) yang bersempadan dengan Batu Gajah.

Kira-kira 3,000 orang dari 6 buah kampong hadir. Ia kejayaan CEOnya memasarkan SADC sebagai sebuah konglomerat pemasaran dalam sector pertanian yang unggul di Perak dan di Negara ini.

Oleh kerana programnya padat kerana terpaksa bergegas pula ke Janda Baik di Pahang bagi menghadiri satu lagi program, Menteri Besar Perak itu tidak berpeluang bercakap mengenai persembahan penyanyi kesayangannya itu secara terbuka kepada media yang turut hadir membuat liputan berita.

Bagi umum M.Nasir sering dikait sebagai penyanyi dan komposer lagu yang “straight forward” kerana komen beliau yang boleh dibaca melalui liputan media jarang berselindung—ia dibuat tanpa rasa prejudis.

Ingat lagi dengan kenyataannya “Siapa Mahathir? yang dibuat secara spontan itu masih sampai ke hari ini diperbual umum.

Dr.Zambry hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis Sambutan Indahnya Beraya Di Desa oleh SADC dan Perasmian Dewan Serbaguna di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP dekat Sungai Galah pada Khamis.

Dalam sidang medianya, beliau menyentuh mengenai ladang rakyat yang merupakan salah satu produk yang diamanahkan kepada SADC oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan, yang antara lain bertujuan membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan.

Dengan secara tidak langsung melalui pembukaan ribuan ekar tanah untuk ladang rakyat dengan penanaman kelapa sawit dan diuruskan oleh SADC, mendekatkan lagi jurang antara golongan berada dengan yang miskin.

Inilah sesuatu dasar yang diambil alih kerajaan negeri yang harus diberikan sekalung bunga pujian.

Sementara itu  selesai sidang media, Menteri Besar yang turut  pada masa sama diajukan dengan soalan “politik” oleh media seperti sering berlaku berkata,”saya nak ke Pahang…..lain kali  saya jawab soalan politik.”

Beliau tidak mahu “komennya” mengenai SADC dan ladang rakyat tenggelam dengan isu-isu politik yang dilapor media kelak.

Kemudian dengan tidak menghampakan pembaca dan peminat, Menteri Besar meluahkan komen mengenai penyanyi yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia itu.

Rumusannya ialah begitu ramai penyanyi lelaki di Malaysia, rupa-rupanya dalam diam-diam M.Nasir adalah penyanyi yang diminati tokoh Perak ini. Kita berpendapat begini melalui tulisan yang dikutip dalam instagramnya disertakan gambar M.Nasir menghulur tangan  untuk bersalam dengannya, berbunyi:

“Saya rasa teruja dapat berjumpa seorang lagenda penyanyi tanahair yang tesohor iaitu M.Nasir. Suara beliau masih segar dan bertenaga. Mentera Semerah Padi masih hebat dibawa oleh beliau. Tahniah SADC.”

Kemudian,dalam ucapan beliau bercakap mengenai sikap pembangkang . . . tegoran kepada pembangkang dengan menyindir puak ini yang asyik memperlekeh kerajaan seolah-olah ia satu tugas rasmi mereka pula.

Tanpa kritikan serta sikap memperlekeh kepimpinan dan dasar kerajaan, pembangkang seolah-olah  gagal menjalankan tugas.

Dr Zambry terpanggil memberi peringatan  agar orang ramai mengelak dari dipengaruhi oleh tokoh politik (pembangkang) yang cuba mewujudkan rasa kebencian sesama rakyat.

Beliau dipetik berkata, terdapat  pembangkang yang sering menanam elemen politik kebencian sambil memberi amaran “ia boleh memberi mudarat kepada negara ini.”

Katanya  “. . . . (saya) tengok ada seorang pemimpin pembangkang ini, setiap hari twit-twitnya berunsur kebencian yang melampau kepada kerajaan. . . . kalau hari-hari hidup kita penuh dengan kebencian, ia akan membuatkan hati kita hitam dan sukar untuk kita menjadi insan yang baik.”

Sambil menambah, beliau sering berpesan agar rakyat menjaga negeri, negara kita elok dan apabila negara kita menjadi seperti negara-negara yang sedang berperang sekarang ini,  “. . . masa itu menyesal tidak lagi berguna.”

Beliau memberi contoh kedamaian yang dinikmati rakyat berbanding beberapa negara luar tidak mungkin dicapai dan dinikmati rakyat jika ” . . .masih ada pihak cuba memecah belah perpaduan dengan menimbul rasa kebencian,” dan pada masa sama meminta rakyat mengelak dari terjebak.

Dr.Zambry akhirnya berpesan kepada  semua:” awaslah kerana ada pihak akan sengaja menghasut dan mengadu domba agar rakyat marah kepada kerajaan . . . kita jangan terjebak.“

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana