‘Mimpi ngeri’ MAS dibawah pemimpin lalu bakal berubah

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan terus dipacu maju kehadapan sambil meninggalkan episod malap yang mencemarkan reputasi dan maruah mereka selama ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan memastikan MAS terus cemerlang sehingga menjadi syarikat penerbangan terkemuka di dunia seterusnya boleh melupakan kisah ngeri yang melanda syarikat penerbangan utama negara itu.

“Itu adalah mimpi ngeri yang menimpa MAS. Tetapi saya tidak akan melalui jalan itu, saya akan membetulkannya.

“Saya akan memastikan MAS pulih dan menjadi syarikat penerbangan utama di dunia,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Aviation Group di Sepang, Isnin.

Menurut Perdana Menteri, kisah malang yang menimpa MAS selama ini adalah akibat salah percaturan pemimpin terdahulu.

Tanpa menyebut pemimpin yang dimaksudkannya itu, Najib berkata beliau tidak akan mengikut langkah itu dan berikrar memulihkan MAS, yang kini dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad atau MAB.

“Kita telah melalui banyak tempoh sukar. Sejarah MAS dipenuhi keputusan buruk oleh salah seorang pemimpin yang mendahului saya,” jelasnya.

Tambah beliau, fasa pertama pemulihan MAS, iaitu untuk menstabilkan kewangannya, sudah selesai dan kini ia bergerak ke fasa kedua, antaranya menambah lagi laluan penerbangan ke China seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Peter Bellew beberapa bulan lalu.

“Saya percaya MAS mampu kembali mendapat penarafan 5 bintang oleh Skytrax menjelang 2018,” katanya lagi.

Pada masa sama, Perdana Menteri melahirkan perasaan gembira apabila hampir semua 6,000 bekas kakitangan MAS yang dilepaskan ketika permulaan penstrukturan semula dulu sudah mendapat pekerjaan.

“Saya diberitahu 78% telah mendaftar untuk mendapatkan peluang pekerjaan lain, dan 98% daripada jumlah itu telah berjaya mendapat pekerjaan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana