Mengapa PSM tidak mahu bersama Tun Mahathir?

KUALA LUMPUR – Ramai orang salah faham atau buat tidak faham apabila PArti Sosialis Malaysia (PSM)  menentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata S.Arutchelvan.

Ahli Jawatankuasa PSM Pusat itu berkata,  PSM tidak menolak Tun M  kerana suka bermusuhan, balas dendam, tidak tahu memaafkan orang tetapi ada sebab.

“Sebenarnya orang yang menentang PSM tidak ada hujah lain seperti PSM sebuah parti korup, tidak berprinsip, tamak, skandal sek dan sebagainya,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

PSM, katanya, menentang Mahathir kerana pegangan dan posisi beliau dalam pelbagai isu.

Sistem dan institusi korup yang dibawa oleh Tun M kini masih berterusan termasuk ‘kesilapan’ bekas perdana menteri itu dalam isu pengswastaan kemudahan awam, pembukaan tol  dan penggunaan undang-undang zalim seperti ISA, Akta Percetakan dan sebagainya.

Itu belum termasuk isu pendirian perkauman, isu pekerja, gaji minimum dan kesatuan sekerja.

Isu penahanan musuh politiknya, melemahkan institusi kehakiman, perundangan, polis dan lain-lain selain isu ‘menyelamatkan’ syarikat kroni, isu Perwaja dan isu forex.

“Rakan seperjuangan kami dalam menentang semua isu ini dulu adalah DAP, PKR dan lain-lain. Adakah posisi mereka dengan semua perkara diatas kini sudah berubah? PSM masih berpendirian posisi kami dulu dan sehingga sekarang masih sama.

“Namun hari ini, Tun Mahathir tidak pernah mengatakan beliau salah dalam mana-mana satu isu diatas dan tidak pernah sekali dalam ratusan sidang akhbar dan ceramah beliau mengatakan beliau sudah insaf atau meminta maaf. Beliau hanya berkata bahawa beliau silap memilih Najib, sebagaimana beliau silap memilih Abdullah Badawi.

“Sekarang beliau dianggap sebagai top dog untuk Pakatan Harapan. Adakah ini bererti semua posisi yang diambil dulu oleh beliau betul?” soal Aructchevan.

Menurutnya, Pakatan Harapan hanya fokus isu 1MDB dan seperti kajian Rafizi dan ia bukan isu terbesar dikepala ramai rakyat Malaysia.

“Bagi mereka jika pemimpin teratas dibuang, semua dibawah akan jadi betul. Ini tidak beza dengan kempen menentang Mahathir dulu.

“Adakah Pakatan Harapan akan bercerai dari sistem ini atau adakah Mahathir sendiri sudah buat u turn. Sehingga sekarang Tun M masih tegas walaupun Ketua Pembangkang mengatakan pelbagai alasan mengapa kita perlu sokong Tun M sekarang,” dakwanya.

Apa pun, menurutnya, PSM tidak buat sebarang u- turn , tai chi atau silat lidah.

“Kami tidak pernah meluangkan masa kami mengutuk peribadi Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Hadi , Rosmah, Najib, Muhammad Sabu dan lain-lain.

“Kami juga tidak pernah memainkan isu perkauman dan agama untuk jadi popular. Politik kami adalah memajukan aspirasi rakyat majoriti dan pelbagai isu harian mereka seperti isu gaji, perumahan , pengangguran, kesihatan dan lain-lain.

“Kami hanya mampu membawa idea baru, nafas baru dalam udara yang tepu. Kami memilih lawan institusi, politik dan sistem sekarang yang dibawa oleh Najib.

“Malangnya kami tidak dapat melihat Mahathir sebagai penyelamat kami kerana beliau adalah sebahagian daripada sistem korup ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana