MENGAPA PEMIMPIN DAP PERLU RISAU SARANAN ROS BUAT PEMILIHAN SEMULA CEC DAP?

Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, dilihat mengambil pendirian berdolak-dalik apabila diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula CEC. Dalam perkara ini, pemimpin DAP tidak wajar berasa takut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu jika mereka percaya berada di landasan benar. Melainkan mereka risau kedudukan mereka tergugat jika pemilihan baru ini dilakukan.

Ironinya kenapa pemimpin DAP perlu takut? Sekiranya mereka benar-benar ambil kira pandangan ahli mereka, mereka tidak perlu takut untuk panggil semula perwakilan terdahulu untuk memilih CEC yang baru. Jika DAP tidak berani melaksanakan pemilihan ini jelas sekali mereka mempunyai agenda sempit dan peribadi, termasuk menindas ahli parti mereka sendiri.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu menerusi pemilihan semula pada 29 September 2013, tidak sah. DAP kini mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh ROS dan cuba menyalahkan Kerajaan di atas tindakan ini.

Sebelum ini juga telah berlaku pemilihan dalam DAP, tetapi pemilihan pertama masih tidak sah dan kemudiannya pemilihan dibuat kali kedua tetapi masih tidak sah kerana aduan demi aduan datang daripada ahli DAP sendiri. Jesteru itu, apabila mendapat aduan seperti ini maka pemilihan baru perlu diadakan untuk mengesahkan pemilihan tersebut mengikut saluran pemilihan yang betul.

Perlu diingatkan di sini bahawa pelbagai pertubuhan telah melalui proses penilaian ROS dan UMNO yang juga pernah dibubarkan pada tahun 1987 tidak terkecuali dengan proses terbabit. DAP hanya mahu mempolitikkan isu ini demi melambat-lambatkan proses pemilihan semula CEC yang disarankan oleh ROS. Jikalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, nasihat yang perlu ditelan pemimpin-pemimpin DAP!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana