MENGAPA PAS TIDAK MERINDUI MAT SABU ATAU SALEHUDIN AYUB?

Patah tumbuh hilang berganti, mungkin itulah peribahasa yang paling tepat untuk memberi gambaran tentang apa yang PAS sedang alami, setelah Muktamar PAS Kuala Selangor menyaksikan bagaimana “jeneral-jeneral perang” mereka direbahkan, terbungkam ke bumi oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Kehilangan “jeneral-jeneral” PAS itu sebenarnya mengundang polemik dalaman, yang menyaksikan bagaimana PAS “demam” untuk seketika. Hanya pada ketika ini, demam sudah berkurangan, dan kerinduan ahli-ahli yang menyayangi Mat Sabu, Salehudin Ayub dan seangkatannya semakin hilang, seperti kabus pagi.

Tiada lagi rindu, mengapa?

Kerana kehilangan jeneral-jeneral itu telah diganti dengan watak baru, iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man. Ya, Tuan Ibrahim Tuan Man mewarisi “kecerdikan” jeneral-jeneral tersebut. Sebab itu kita mendengar hujahan politiknya sering menjadi gelak tawa pemerhati politik. Carilah sendiri kenyataan-kenyataan politik beliau berhubung isu-isu semasa sebelum ini.

Baru-baru ini, beliau memilih untuk menjadi “hero” lagi, apabila mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ke atas 1MDB. Apakah idea ini muncul berikutan saman sivil terbaru yang difailkan oleh Department of Justice (DoJ) ke atas Viceroy Hotel Group?

Jika begitu, ingin kita beritahu Tuan Ibrahim dan pengikutnya, bahawa Viceroy Hotel Group bukanlah dikawalselia oleh 1MDB, sebaliknya milik Mubadala, syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, di mana beberapa bulan lalu, Mubadala dan IPIC telah digabungkan di bawah satu bumbung oleh kerajaan Abu Dhabi.

Jika ia berhubung dengan kehendak DOJ untuk merampas pemilikan projek Park Lane Hotel, ketahuilah bahawa ia milik Mubadala dan bukannya 1MDB. Berkenaan pemilikan aset, segalanya sangat konsisten dengan kenyataan 1MDB sebelum bahawa mereka tidak punya aset di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, hasil siasatan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang, bahawa dakwaan wang 1MDB lesap, dicuri dan diselewengkan adalah tidak benar. Itu belum ditambah dengan kejayaan 1MDB menstabilkan kedudukan kewangan syarikat dan menurunkan hutang secara drastik melalui Pelan Rasionalisasi 1MDB.

Kita perlu faham, dan fokus tentang pertikaian yang sedang berlaku antara 1MDB dan IPIC.

Tuan Ibrahim, berkatalah baik dan benar, atau lebih baik diam. Bukan sembrono seperti mahu menubuhkan RCI. Adalah lebih baik beliau mendesak penubuhan panel siasatan ke atas kutipan derma untuk anak yatim Memali seperti dakwaan Cikgu Non, dan KOHILAL terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana