Mat Sabu tolak dakwaan struktur baru PH terlebih Melayu

KOTA RAJA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu menolak dakwaan bahawa senarai struktur baru Pakatan Harapan (PH) terlebih 'Melayu' berikutan bilangan wakil daripada DAP yang agak sedikit berbanding pemimpin Melayu.

PH pada Khamis lalu mengumumkan struktur baru yang menyaksikan hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden DAP dari Sarawak, Chong Chieng Jen dinamakan dalam senarai pimpinan tertinggi dalam gagasannya.

Nama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang langsung tidak tersenarai dalam struktur kepimpinan PH baru itu.

"Bila kita letak (pemimpin) Cina di atas, dikata 'kecinaan'. Bila letak Melayu dikata kemelayuan. Hal begini saya tak mahu komen.

"(Sedangkan) Tidak ada isu. Jika letak Kit Siang di atas, dikata DAP menguasai PH. Bila letak Dr Mahathir di atas, ini Melayu... Jadi biasalah komen sebegini," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Amanah Kota Raja, hari ini.

PH sebelum ini mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) diumumkan sebagai Ketua Umum PH, sementara Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM) dilantik sebagai pengerusi , manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai Presiden PH.

Timbalan presiden pula dibarisi Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Guan Eng (DAP) dan Mat Sabu (Amanah).

Bagi jawatan Naib presiden pula terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM), Chong Chieng Jen (DAP) dan Salahuddin Ayub (Amanah).

Bagi jawatan ketua setiausaha, gabungan itu sebulat suara melantik semula Datuk Saifuddin Abdullah (PKR), manakala M Kula Segaran (DAP) diumumkan sebagai bendahari.

Ketiadaan wakil DAP dalam tiga jawatan teratas gabungan itu sebelum ini didakwa mengundang tanda tanya banyak pihak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa, senarai baru ini seolah-olah mahu mengaburi mata rakyat kononnya keputusan dalam PH tidak dipengaruhi DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana