Masih enggan buat Ikrar Bebas Rasuah : Hebat betul Pulau Pinang….kata KP SPRM

Kata orang hendak seribu daya…tapi kalau tidak mahu macam-macam dalih.Soalnya apa yang susah sangat cuma tandatangan dan baca ikrar saja.

Ini bab Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang kebelakangan ini banyak dibuat oleh agensi dan kerajaan negeri dengan SPRM sebagai komitmen untuk perangi rasuah.

Namun kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP yang sentiasa jual diri sebagai telus segala macam sehingga hari ini masih liat nak buat IBR.

Macam-macam alasan diberi termasuk nak kawal rasuah cara sendiri.

Apakah kerajaan negeri itu merasa ‘ geli’ nak buat IBR kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng kini berdepan pendakwaan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah kerana  kes beli banglo dan tanah?

Bukan setakat itu ketika penjawat jawatan lain bercuti atau letak jawatan bila didakwa di mahkamah Setiausaha Agung DAP itu masih ‘ buat tidak faham’ terus pegang jawatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang hadir pada majlis IBR Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Kuala Lumpur pagi Isnin hairan dengan sikap kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri hadir menyaksikan ikrra IBR PDRM itu yang diadakan di PULAPOL ,Jalan Semarak.

Dzulkifli menjelaskan ikrar IBR bukan satu bentuk paksaan sebaliknya atas kesedaran setiap agensi dan kerajaan negeri dalam membendung amalan rasuah di negara ini.

Katanya, tidak ada satu negeri pun yang menghubunginya secara terus, sebaliknya mana-mana negeri yang mahu melafazkan ikrar itu akan melakukannya secara sukarela, dengan menghubungi pejabat SPRM negeri.

"Ini kesungguhan kerajaan negeri dan agensi. Bila nampak sukarela, ada keikhlasannya. Mereka boleh buat macam PDRM, yang dapat lakukan di seluruh negara, ini kita kagum. Kalau buat secara paksa rakyat tidak yakin, " katanya.

"Saya tak tahu hebat betul Pulau Pinang ini, terpulanglah dia nak buat ke tidak. Tidak perlu berdolak dalik, biarlah dia sendiri saja tak payah buat, ini komitmen negeri untuk tandatangan bagi memastikan mereka memang mahu bebas rasuah.

"IBR satu perkara yang dibuat secara sukarela, kita (SPRM) pelopor, tapi yang nak buat itu dia akan hubungi SPRM, macam hari ini bukan kita minta tapi Tan Sri (Abdul Khalid Abu Bakar) datang sendiri," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment