MAHFUZ TIDAK KISAH JIKA PAS TIDAK AKAN CALONKAN DIRINYA PADA PRU14

Nampak gayanya, keangkuhan dan kesombongan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ini semakin menjadi-jadi. Mungkin sebab beliau anggap tiada orang yang ambil tindakan, maka apa yang dia buat semuanya betul belaka.

Mahfuz sememangnya terkenal dengan kelantangan mulut dan pengkhianatan yang ditonjolkan oleh beliau terhadap PAS semakin menyerlah sehingga membuatkan ahli PAS dikawasan Parlimennya sendiri sebelum ini pun sudah muak.

Mungkin disebabkan itu mereka tampil membuat desakan agar Mahfuz yang merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena mengambil tindakan berani dan meninggalkan parti secara terhormat.

Mahfuz hari ini dengan bongkaknya berkata soal samada beliau dicalonkan semula untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang tidak penting.

Katanya, kononnya sudah tidak penting lagi untuk menjadi calon PAS bagi menentang Barisan Nasional (BN) kerana padanya pembangkang harus bersatu hati dalam usaha menjatuhkan BN.

“Bagi saya bukan soal (dicalonkan atau tidak), tetapi yang penting ialah perubahan kerajaan,” kata Mahfuz.

Malah katanya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ‘digugurkan’ daripada mewakili Pas pada PRU-14 kelak.

Justeru itu, beliau secara terang-terangan mempelawa Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon bagi menghadapi PAS dan BN di kerusi Pokok Sena.

“Kalau ada pihak lain daripada PH yang bersedia untuk menamakan calon di situ, bagi saya ia dialu-alukan kerana yang penting kerajaan mesti berubah,” katanya.

Pendirian Mahfuz terhadap PAS dipersoal banyak pihak apabila dilihat memuji Pakatan Harapan kerana berjaya memuktamadkan struktur dan logo rasmi gabungan itu. Ini bukan kali pertama Mahfuz melakukan pengkhianatan terhadap parti. Sebaliknya dah banyak kali Mahfuz mempamerkan sifat pengkhianatnya itu secara terang-terangan. –Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana