Mahathir tekan butang panik pilih Anwar sebagai PM

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menekan butang panik atau kecemasan untuk memilih bekas musuh utamanya dalam arena politik tanahair sebagai calon Perdana Menteri masa hadapan Pakatan Harapan (PH).

Perkara ini memang telah diduga susulan PH dilihat amat terdesak kerana ketiadaan tokoh yang boleh memimpin mereka walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi merengkok di dalam penjara.

Tindakan Dr Mahathir yang tidak menolak untuk menjulang Anwar sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya memenangi PRU ke-14 bolehlah diumpamakan tiada rotan, akar pun berguna.

Ironinya, Pengerusi PPBM itu tidak malu dan seperti menjilat ludahnya sendiri apabila beliau adalah orang yang menyekat perjalanan politik Anwar pada tahun 1998.

Walaupun PPBM mempunyai figura politik yang berpengalaman seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir dilihat gagal menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan parti lain dalam Pakatan Harapan menerima Muhyiddin sebagai ketua mereka.

“Dalam kes Anwar, kita boleh menuntut beliau tidak dilayan dengan adil. Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi kerajaan dan saya fikir kerajaan baru dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

“Dengan itu, beliau dapat kembali berpolitik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak dapat tolak,” akui Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan The Guardian, semasa lawatan beliau ke London baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu, menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR untuk diangkat menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Dr. Mahathir yang sebelum ini memecat Anwar dan menuduh bekas timbalan beliau itu sebagai tidak bermoral, korup dan menyalahgunakuasa, akhirnya terdesak dan bersedia menyokong Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa bulan lalu, ketika Konvesional PKR, Mahathir masih segan silu untuk menyokong Anwar sebagai bakal ketua pembangkang dalam mencaturkan agenda politik peribadi beliau menjatuhkan Najib.

Apapun tindakan bekas Perdana Menteri itu, beliau dilihat cuba membina kelambu lain, sedangkan kelambu beliau sendiri kian rosak dan berlubang.

Ketika PPBM yang sedang bergolak dengan masalah dalaman, Dr. Mahathir menggunakan pengalamannya sebagai ahli politik untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kelemahan partinya.

Dilaporkan Naib Presiden PPBM, Hamidah Othman bertikam lidah dengan Ketua Armada parti tersebut dan saling tuduh menuduh sebagai agen UMNO untuk merosakkan parti.

Justeru itu, lebih baiklah Mahathir menyelesaikan masalah dalaman partinya terlebih dahulu.

Apa yang penting elakkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran, bimbang tokoh berusia 92 tahun itu nanti akan mengakhiri hayatnya dengan berputih mata dek kerana hajat yang tidak kesampaian iaitu menjatuhkan Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana