Mahathir 'singa tua tiada gusi', kata Naib Presiden PAS

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sebagai 'singa tua tiada gusi'.

Menurut beliau Mahathir bukanlah individu yang layak untuk bercakap tentang reformasi atau perubahan kepada rakyat di negara ini.

Idris secara sinis menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk menjadi pembangkang kerana tindak-tanduknya kini hanya membawa kepada keadaan ‘haru-biru’ dalam golongan penentang kerajaan.

“Singa tua ini kita tak mahu lawan, nak serang pun kesian. Kita hendak lawan dengan orang yang ada kuasa, bukan lawan dengan dia sebab dia bukan ada kuasa dah.

“Tetapi kita dipaksa lawan depa (mereka) kerana mereka ‘sentuh’ kita. Perlu diingat, Mahathir dan konco-konconya masuk keluar UMNO macam biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada, sedangkan PAS selama ini sentiasa menentang UMNO kecuali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1974 dan disebabkan itu dia tak layak sentuh kita,” katanya dipetik Utusan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Jalan Datuk Kumbar Alor Setar semalam.

Tambah Idris, sekiranya Mahathir ingin ‘bertaubat’, beliau perlu terlebih dahulu mengisytiharkan hartanya sewaktu berkuasa selama 22 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana