MAHATHIR MEMANG TIDAK BUAT APA, SEMUA YANG DIBUAT UNTUK KRONI SAHAJA

Selama 22 tahun mentadbir negara, memang benar Mahathir tidak buat apa-apa untuk rakyat. Semua yang dibuat untuk kroninya sahaja. Pemimpin dan rakyat selepas itu yang kena menanggung hutang dan beban Mahathir.

27 Julai 2017, dalam Facebooknya Mahathir mengakui dalam video berdurasi 43 saat yang dia “memang pun, saya tidak buat apa apa”.

KLCC dibuat untuk jadikan kroninya kaya. Wang Petronas diguna untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC. Semuanya untuk sahabat baik Mahathir, Ananda Krishnan. Selepas siap KLCC, Ananda terus jadi orang no. 2 terkaya di Malaysia.

Pada 25 Ogos 1997, Mahathir telah buat terma menyerahkan konsesi 30 tahun kepada Konsesi ERL Sdn Bhd mengikut pegangan saham YTL 40%, Tabung Haji 40% dan Abrar Corp (Mun Loong Bhd) 20%. Syarikat terbabit terikat dengan konsep terma kontrak ‘Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI)’ di mana syarikat tersebut perlu membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung KL- KLIA. Siapa pemilik YTL? Siapa lagi jika bukan hak kroni Mahathir juga.

Malah, Setelah disemak dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL, didapati ianya ditandatangani oleh abang kepada Siti Hasmah Ali (Isteri Mahathir) iaitu Dato Hj. Ahmad Razali bin Mohd Ali yang merupakan Executive Chairman di dalam Express Rail Link Sdn Bhd yang mewakili YTL.

Nasib sama terjadi kepada TNB. Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Bekas CEO TNB Allahyarham Tan Sri Ani Arope. Ambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh.

Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan. Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen. “Saya kata kadar itu adalah mengarut” kata Ani Arope.

Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah, adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian. TNB kena bayar harga yang sama biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka.

Mahathir beri “budak Daim” iaitu Halim Saad kaya menerusi PLUS. Pegangan kerajaan dan LLM di dalam PLUS dijual kepada proksinya Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM.

Padahal mengikut perancangan asal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn lebuhraya PLUS asalnya dibawah LLM adalah lebuhraya percuma kepada rakyat. Contohnya adalah seperti lebuhraya awal yang dibina LLM dari Sungai Besi ke Labu yang percuma. Ianya menjadi jalan berbayar bila LLM memberi konsesi kepada UEM ketika era Mahathir.

Dilaporkan bahawa syarikat Hati Budi Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Daim dan Mahathir membuat untung sejumlah RM18.3 billion menerusi projek PLUS. Litar Sepang juga dibuat oleh kroni kemuian diberi pada anak sendiri dengan “memaksa” kerajaan bayar RM250 juta setahun untuk anjur F1.

Vincent Tan dapat lesen judi Sport Toto dan tanah tanah rizab Melayu di Tioman, Pulau Perhentian dan Sentul. Pada tahun 1980, 80 keluarga di Pantai Chenang Langkawi dihalau keluar untuk buat projek Vincent Tan.

70 ekar tanah di Bukit Kiara dipajak pada Vincent Tan dan dijadikan tempat simpan 40 ekor kuda Mahathir. Puluhan juta projek diberikan pada Mirzan, anaknya untuk projek kapal. Mahathir beri jaminan kerajaan RM2 billion kepada projek Mirzan.

Mokhzani, anak Mahathir menerusi Tongkah Holdings dapat projek bekal peralatan hospital. Mukhriz menerusi Opcom dapat projek fiber optik bekal kontrak pada Telekom. RM102 billion wang rakyat digunakan untuk “bail out” syarikat kroni seperti Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ.

Banyak lagi projek yang tidak disenarai. Perwaja lingkup, Pernas rugi, Proton dan MAS melingkup. Inilah projek projek hasil air tangan Mahathir.

Memang Mahathir tidak buat apa untuk rakyat. Hanya melingkup syarikat sahaja. Derita dan sengsara rakyat kena tanggung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana