MAHATHIR KINI UMPAMA “SINGA TIADA GUSI”..JENIS BODOH SOMBONG

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bukanlah individu yang layak untuk bercakap tentang reformasi atau perubahan kepada rakyat di negara ini.

Menyifatkan Dr. Mahathir sebagai ‘singa tua tiada gusi’, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad (gambar) secara sinis menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk menjadi pembangkang kerana tindak-tanduknya kini hanya membawa kepada keadaan ‘haru-biru’ dalam golongan penentang kerajaan.

“Singa tua ini kita tak mahu lawan, nak serang pun kesian. Kita hendak lawan dengan orang yang ada kuasa, bukan lawan dengan dia sebab dia bukan ada kuasa dah.

“Tetapi kita dipaksa lawan depa (mereka) kerana mereka ‘sentuh’ kita. Perlu diingat, Mahathir dan konco-konconya masuk keluar UMNO macam biskut. sekejap ada, sekejap tak ada, sedangkan Pas selama ini sentiasa menentang UMNO kecuali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1974 dan disebabkan itu dia tak layak sentuh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Tambah Idris, sekiranya Dr. Mahathir ingin ‘bertaubat’, beliau perlu terlebih dahulu mengisytiharkan hartanya sewaktu berkuasa selama 22 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana