MAHATHIR JANGAN GELABAH SANGAT, RCI MANA YG PERNAH PENJARAKAN ORANG?

HANYA orang tua bodoh saja percaya kalau Datuk Sri Najib Tun Razak mahu memenjarakan musuh politiknya, beliau akan menubuhkan RCI untuk mencapai hasrat tersebut.  Ikut kajian penulis, dalam sejarah penubuhan RCI di negara ini, belum pernah ada sesiapa lagi yang dipenjarakan kerananya.

Najib, kalau betul pun nak penjarakan sesiapa (kalaulah beliau ada kuasa nak sumbat sesiapa masuk penjara), akan guna mahkamah, bukan RCI.  Ini kebarangkalia yang paling dekat, nak dibandingkan dengan Mahathir dulu yang menggunakan undang-undang seperti ISA (bukan mahkamah pun) untuk memenjarakan musuh-musuh politiknya.

Itu satu hal, satu hal lagi, kenapa Mahathir nak menyeret pemimpin Pakatan lain kononnya juga mereka juga berhadapan risiko nak dipenjarakan kalau RCI ini ditubuhkan?  Apa kena mengena pemimpin Pakatan lain (kecuali Anwar) dalam skandal Forex ini pun?

Benda mudah pun Mahathir tak boleh nak fikir?  Ada sebablah diadakan RCI, bukan terus hadap Mahathir ke Mahkamah dalam skandal Forex ni kalau tujuannya nak penjarakan Mahathir.

Maka itu jelaslah cerita-cerita Mahatir kononnya RCI ini ditubuhkan untuk sumbat di ke dalam penjara, hanyalah satu cerita dongeng untuk mendapatkan simpati disamping mengalihkan perhatian rakyat dari kesalahan yang mungkin Mahathir lakukan dalam skandal tersebut.

Ini bukan pertama kali Mahathir diseret ke dalam RCI tapi dalam tempoh 5 tahun ini saja, masuk kali kedua, kali pertama dalam hal projek IC di Sabah.  Siapa yang masuk penjara dalam RCI itu?  Jadi apa yang Mahathir bimbangkan sangat?  Lainlah kalau ada sesuatu yang nak disembunyikan maka itu Mahathir berasa sangat yakin sekali RCI ini akan menyebabkannya masuk penjara!!

Anyway, dah kemana gebang gebung Mahathir sebelum ini kononnya berani kerana benar?  Baru RCI saja pun dah melarat tak tentu arah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana