MAHATHIR IKUTI PROGRAM ‘PESARA KEMBALI BEKERJA’, SINDIR NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sedang mengikuti ‘program kembali bekerja untuk pesara politik warga emas’.

Beliau berkata demikian mengulas tindak tanduk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selepas gagasan tersebut mengumumkan struktur baru yang menampilkan tiga jawatan penting diwujudkan.

Jawatan itu adalah Pengerusi PH, yang disandang Dr Mahathir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim dan Presiden PH, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Struktur kepimpinan terbaru yang diumumkan pembangkang bunyinya seperti melucukan, macam program kembali bekerja untuk pesara politik warga emas.

“Bagi calon perdana menteri pula, pembangkang begitu terdesak sekarang mereka cuba buat rakyat percaya calonnya ialah seseorang yang berusia 90-an, bukannya ahli Parlimen pun dan partinya cuma ada satu kerusi,” katanya ketika berucap pada Persidangan Invest Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib berkata beliau tetap yakin, DAP tetap memegang kuasa pemutus dalam PH, walaupun gagasan itu beriya-iya mengemukakan senarai struktur baru pakatannya.

DAP mempunyai 38 kerusi Parlimen dalam pakatan pembangkang, pemilik kerusi terbanyak di antara empat parti dalam PH.

Najib berkata kerajaannya sekarang menawarkan sesuatu yang pasti dalam perniagaan di dalam dan luar negara, tidak seperti yang pembangkang tidak menawarkan apa-apa.

“Mereka sedang huru-hara. Dua ahli utama dalam satu parti tidak dapat bersepakat adakah gabungan pembangkang yang lama masih wujud di Selangor.

“Ya, ia wujud, kata seorang. Oh tidak, ia tidak, kata seorang lagi. Ia seperti Punch dan Judy.

“Sebenarnya dalam demokrasi angka tidak berbohong. Pemimpin DAP sekarang berselindung di belakang lelaki yang memenjarakannya, cuba memperdaya orang Melayu berfikir yang bekas pemimpin mereka calon interim untuk perdana menteri,” katanya.

Najib juga bertegas pembangkang sengaja membesar-besarkan kemelut dihadapi 1MDB kerana mahu menumbangkan kerajaan.

“Jika 1MDB tiada sekali pun, mereka akan membuat serangan lain untuk cuba menukar kerajaan dengan cara yang tidak sah. Maka kami kekal teguh di hadapan kempen terancang ini,” katanya lagi.

“Kini banyak aset yang pernah dimiliki 1MDB kini dalam keadaan baik. Anda boleh melihat pembinaan baru di Tun Razak Exchange (TRX) untuk mengesahkannya,” katanya.

1MDB membeli tanah milik kerajaan seluas 70 ekar bagi membina TRX sebagai sebuah pusat kewangan, namun projek itu diambil alih Kementerian Kewangan tahun ini.

Najib berkata perhatian sebenar pembangkang bukan berkenaan 1MDB, tetapi hanya mahu menyerang kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana