MAHATHIR & DAP ADALAH DUA PERKARA TERAKHIR YG PENEROKA FELDA MAHUKAN

SAAT mula datang menyampah peneroka Felda kepada kerajaan, adalah bertitik tolak dari penurunan harga getah yang ketara pada tahun 1999.  Getah masa itu jatuh sekilo hampir serendah 50 sen dan kerajaan Mahathir pada ketika itu tidak berbuat apa mengenainya.  Tiada insentif tambahan diberikan untuk menampung kekurangan akibat harga getah yang rendah dilakukan kerajaan Mahathir – tak macam sekarang.

Akibatnya, majoriti peneroka terpaksa membuat dua kerja atau lebih untuk menampung kehidupan.  Krisis politik akibat dari pemecatan Anwar dan krisis ekonomi 1997 yang diakibatkan oleh kerugian dari perjudian Forex 1994, hanya memburukkan keadaan.  Sokongan peneroka Felda terhadap kerajaan mula menurun seperti dibuktikan dalam PRU10 pada tahun 1999 bila banyak kerusi kawasan Felda jatuh ke tangan PAS.

Yang paling diingat orang sudah tentulah kekalahan BN di kerusi DUN Jengka, Pahang.  Sebelum ada UiTM, ini adalah kawasan solid Felda, tapi akibat penurunan sokongan yang disebutkan, tak pasal Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS sekarang) menang di kawasan yang pada mulanya dianggap mustahil untuk PAS menang itu.  Kemenangan Tuan Ibrahim di Jengka diibaratkan seperti PAS menang pingat Emas Bolasepak Sukan Olimpik – walaupun satu tapi seolah menang semua sebab ia dianggap ibu segala pingat.

Nasib baik kerana undi bukan Melayu, kerajaan BN masih bertahan, di sebalik kejayaan pakatan pembangkang (Barisan Alternatif) mencatat rekod menang kerusi terbanyak dalam sejarah parlimen ketika itu termasuk menawan 1 negeri tambahan selain Kelantan (Terengganu).  Sudah jadi rahsia umum, Mahathir dah siap-siap nak isytihar darurat kalau BN kalah dalam PRU10.

Jadi, bila Mahathir menggariskan untuk “memulihkan Felda” dalam senarai keutamaan 100 hari pertama Pakatan memerintah negara KALAU menang PRU14, semua orang terecengang-cengang memikir apa yang Mahathir nak cuba pulihkan?  Masa jadi Perdana Menteri pun tidak banyak yang berubah di kalangan peneroka Felda, apa yang Mahathir mampu lakukan sekarang?

Apatah lagi, kali ini Mahathir bekerjasama dengan parti broker tanah seperti DAP ini, ingat peneroka Felda nak sokong ka?  Silap-silap Felda tak jadi apa, tanah peneroka yang ada ni pun berisiko tergadai.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment